Impian belum tertunai : Jejakkan kaki ke Western Australia.


Semua orang punya impiankan? Dan pastinya ada berbagai impian yang kita angankan untuk menjadi kenyataan.Bagi Cik Sue tak salah kita impikan sesuatu dan kita usahakan,mungkin inilah rewards atau ganjaran untuk kita dan keluarga selepas bekerja mencari keselesaan hidup.

Dah umur-umur begini selain punya rumah sendiri ,Cik Sue teringin juga nak berjalan di atas muka bumi Allah ni,menikmati keindahan yang di ciptakan.Yelah,muda-muda nak travel melancong bagai,asyik kerja je,asyik cari duit nak settle kan komitmen hidup huhuuu,dah lega-lega nanti bolehlah plan nak berjalan ke berehat ke kan.

Salah satu tempat yang ada dalam senarai Cik Sue nak pergi selain Cordoba (nak jugakkkk sebut hahahha) adalah Western Australia.Haaaa kenapa Cik Sue pilih kat situ,sebabbb terpengaruh dengan drama TV ahahahhah gelak la gelaaakkkk ,nak buat cam ne,tetiba time tengok tu terus tertawan dan cakap ngan Mr D ,dia pun kata cun gak.Drama TV apa? Alaaaa yang Zahirah McWilson ngan Shahrul Ridhwan berlakon tu.



Haaaa ni la drama tu,suka sangat tengok tempat-tempat yang diorang pergi tu,pastu dok berangan jenjalan ngan anak dan laki,haaaa berangan itu percuma ye hehehhe,tapi kalau kita usaha Insya Allah boleh jadi kenyataan.

Hasil dari kajian Cik Sue cewahhhh,Western Australia ni sangat kaya dengan flora dan fauna yang cantic serta memukau pandangan ye,haruslah Cik Sue teruja,sejenis yang suka bersatu dengan alam kan heehhe.Fakta yang harus korang ketahui Western Australia adalah habitat atau rumah kepada lebih 540 spesis burung ye.Haaaa jenuh la tengok burung di tepi pantai yang memukau pandangan tu.Selain tu pelbagai spesis tumbuhan dan hidupan boleh korang temui di sini tau,yang pelik-pelik tak de kat tempat lain pun ada.

Lagipun bagi Cik Sue,Australia ni tak de la ambil masa perjalanan jauh sangat macam pergi Eropah atau Timur Tengah sana,tak jauh pun dari Malaysia kan,tapi masih ala-ala Europe gitu hehehe.Dengan bentuk muka bumi yang unik,ada gumuk pasir,ada padang savanna nya,pesisiran pantai yang menawan serta gunung-ganang serta kehijauan yang memukau,selain tarikan tempat-tempat bersejarah serta kebudayaan yang memang Cik Sue suka nak teroka,lebih menambahkan keterujaan untuk ke sana.Tambahan lagi sekarang banyak flight to Australia yang di sediakan syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa dengan harga berpatutan.

Tempat Menarik


Dok usha-usha pasal Australia ni Cik Sue dah siap berangan tau mana tempat-tempat best nak bawa family kecil Cik Sue jalan-jalan,siap dah plan mana yang seronok nak jelajah.Jom tengok antara tempat yang menarik boleh kita jelajah kat Western Australia ni.
The Pinnacles
Sekitar 3 jam perjalanan dari bandar Perth, korang akan sampai ke kawasan padang pasir The Pinnacles yang mana terdapat banyak batuan besar yang unik untuk anda jadikan subjek atau latar belakang foto ,memang jadi pilihan kaki Instagram la ni heheh. Kalau bernasib baik, mungkin  dapat bertembung dengan kanggaru yang menjadikan kawasan ini habitat mereka.
Dari info yang Cik Sue dapat kalau datang pada musim panas, lebih baik untuk anda datang pada awal pagi atau lewat petang untuk mengelakkan sinaran mentari yang terik. Tapi musim yang paling best untuk ke sini adalah antara bulan Ogos ke Oktober iaitu pada musim bunga untuk melihat tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sini hidup mekar.
Nasihat  sebelum ke sini, jangan lupa  untuk membawa air minuman yang secukupnya kerana tiada air yang disediakan di sini, nanti kehausan di padang pasir siapa nak tolong?



Penguin Island

Datang jauh-jauh mestilah nak tengok apa yang tak de di Malaysia kan? Penguin Island hanyalah 45 minit perjalanan dari Perth. Semasa perjalanan feri untuk ke Penguin Island, anda dapat melihat singa laut dan ikan lumba-lumba yang berkeliaran di sekitar perairan, dari feri lagi anda sekeluarga terhibur dengan fauna hidupan yang terdapat di sini, bagaimana pula di pulau penguin?
Sampai sahaja di Penguin Island korang boleh  mendekati penguin-penguin yang tercomel dan terkecil di dunia! Dah puas bermain-main dengan penguin, anda boleh menghabiskan masa di pulau ini dengan aktiviti snorkeling, berenang, berjalan-jalan untuk menikmati flora dan fauna atau bersantai sambil menikmati pemandangan di sekitar pulau yang cukup mengasyikkan.


 Scitech Discovery Centre

Untuk Humaira pula mestilah ibu nak bawa ke tempat yang menarik dan boleh memberi pelajaran untuk dia,berseronok sambal belajar kan. Pusat sains di Australia yang diberi nama Scitech Discovery Centre ini tidaklah besar mana, tapi mudahlah untuk anda melihat anak-anak bebas bergerak menerokai alam sains dalam set-up yang  cukup interaktif dan menyeronokkan.
Cukup padat dengan lebih daripada 160 jenis pameran yang kesemuanya interaktif dan khas untuk kanak-kanak. Memang tak sempatlah kalau satu jam je kat sini. Antara yang terdapat di sini adalah simulasi taufan, permainan atau eksperimen fizik dan kejuruteraan, ruang bacaan, lego, stesen buih, kereta pintar, dan lain-lain lagi.



Old Mill


Cik Sue kan suka sejarah dan kebudayaan,haaa tempat macam ni haruslah di kunjungi,selain pemandangan yang cantik dan unik ,kat sini kita boleh tengok kehidupan masyarakat setempat.
Mula dibina pada tahun 1835, Old Mill merupakan tempat pemprosesan tepung sehinggalah tahun 1859. Kilang ini kemudiannya telah banyak diubah kegunaannya dari sebuah hotel, kepada tempat tinggal dan bermacam lagi.
Namun pada tahun 1992, Old Mill ini telah dibaikpulih dan diletakkan di bawah penjagaan National Trust. Nak kembali ke masa silam? Jom ke sini!

Elizabeth Quay
Dengan  Encik Suami nak la juga romantik malam-malam menikmati kecantikan Western Australia ni kan,haaaa bolehlah ajak dia jalan-jalan sambal ambil angin kat sini.
Elizabeth Quay ini sebenarnya masih baru lagi dibuka iaitu pada 29 Januari 2016, tapi punyalah banyak tarikan yang ada di sini seperti taman permainan, BHP Billiton Water Park, gerai-gerai makan dan banyak lagi.

Antara aktiviti yang boleh dibuat di sini adalah menaiki Segway, feri dan gondola yang disediakan ataupun sekiranya  tak nak keluarkan duit langsung, anda boleh sahaja berjalan-jalan di sekitar sungai dan menaiki jambatan yang terdapat di sini untuk mengambil gambar kenangan bersama keluarga dengan latar belakang yang sangat cantik.




Avon Valley


Ni satu lagi tempat yang Cik Sue teringin nak jejak,bolehlah berposing ala-ala filem hindi tu kan,acah-acah wat video klip guling-guling ngan en suami heheheehe.Setibanya  di Avon Valley ini kita akan dapat melihat keindahan kawasan perkampungan yang sangat menenangkan jiwa. Lagi best kalau  ke sini pada musim bunga, kita dapat melihat pelbagai tumbuhan dan bunga kembang mekar, bolehlah dijadikan latar belakang untuk bergambar.Banyak juga aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini bersama keluarga untuk melihat pemandangan di sekitar Avon Valley dari sudut yang berbeza seperti menaiki belon udara panas, paragliding dan skydiving. Kalau dah puas memacu adrenalin, juga boleh membawa keluarga melawat galeri-galeri seni, kedai-kedai antik, muzium dan tarikan bersejarah yang banyak terdapat di sini.




Fremantle Markets
Kalau dah sampai ke luar negara tu, mesti nak bawa pulang sesuatu untuk orang tersayang bila balik nanti kan? Jadi, jangan terlepas singgah ke Fremantle Markets.Dekat sini korang boleh jumpa pelbagai barangan dari barang-barang antik, hasil kayu, barangan kulit sehinggalah ke barangan basah untuk dimasak sepanjang percutian anda di Australia ni.Macam bazar la kalau tempat kita ni.
Bukan itu sahaja tarikan Fremantle Markets ni ya, sebenarnya, bangunan pasar ini dibina pada tahun 1897, pada waktu ketika masih ramai orang menggunakan kereta kuda sebagai pengangkutan utama. Masih terasa aura klasik pasar ini bila anda sampai ke sana nanti. Bagi Cik Sue kalau nak tau budaya dan cara hidup masyarakat setempat korang try la pergi pasar diorang mesti boleh lihat apa makanan tradisi,barang-barang tradisi diorang,kat situ boleh tengok cara hidup diorang,tak caya cuba la.


Eh banyak lagi sebenarnya tempat-tempt menarik yang korang boleh terjah tau ,tu belum lagi pusat bandar terkemuk Perth tu .Macam-macam korang boleh teroka,tak larat aihhh nak senaraikan panjang-panjang kat sini,korang pi la selidik sendiri na hehehe.

Selain survey tempat menarik dan spot-spot best yang nak terjah kena la jugak usha-usaha hotel serta flight tiket dan macam mana nak sampai ke sana.Takkan nak dayung sampan merentas laut pulakkkkk kannnn heheheh…

Promosi Terkini


Godek punya godek Cik Sue dah jumpa web best tuk bercuti tau,dan merangkumi hotel serta tiket flight sekali,yeayyy memang memudahkan kerja ni.Siap ada pakej-pakej menarik yang ada diskaun terus siap flight ,hotel dan tempat menarik tau,mana lagi nak cari ,dah ada benda yang mudah napa nak susah-susahkan  haaa gituuuu.




Berita baik la sebab Traveloka Promo tengah adakan promosi ke Western Australia ni,haaa korang mana-mana yang nak pergi dulu tu cepat-cepat grab peluang ni tau.Cik Sue pun tengah hantar “proposal” kat big bos aka En Suami ni,doa-doakan proposal tu lepas ye hahahhaa…

Antara promosi yang di tawarkan adalah :

Flight: RM 100 OFF
Hotel: 15% OFF, up to RM 80
Flight + Hotel Package: 15% OFF, up to RM 100
Xperience: 15% OFF, up to RM 50

Haaaa banyak tu penjimatan,siap ada pakej-pakej sekali,malah dah diuruskan siap-siap tau.Macam mana nak dapatkan promosi Traveloka ni,senang je ,tengok gambar kat bawah ni ye :






Dahhhhh tak payah dok menung lagi ,klik  https://www.traveloka.com/en-my/promotion/western-australia. Dan dapatkan apa yang korang nak ye,Cik Sue nak pergi godek lagi,cari info,buat proposal dan bentangkan,moga-moga di luluskan oleh bg bos niat nak beromantika di Western Australia ni.

7 comments

  1. Cantik kak sue tempat dia.. Mmg terasa nk peegi juga.. Harap ade rezeki.. Traveloka mmg selalu buat promo ye

    ReplyDelete
  2. wah, banyak yer tempat best kat western australia ni. teringin juga nak pergi satu hari nanti

    ReplyDelete
  3. oic. ingatkan cik sue dah dekat nak ke aussie :)
    aida ni sedang penuhkan tabung nak ke perth.
    kakak ipar (husband's sister) ada di sana.
    dah jadi PR sana :)
    kebetulan, now byk drama buat kat australia, hmmmmm...
    lagilah membara nak ke sana :)

    ReplyDelete
  4. Kalau pergi nanti jangan lupa bawa ai tau.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. Tq for sharing. Syaza followe baru #559 :)

    ReplyDelete
  6. cantiknye laa tempaat diorang ni..:-)

    ReplyDelete