Ambassador Putrajaya sediakan pakej perkahwinan terbaik.


Hai semua,kejap je hujung tahun dah kita ye? cepatnya masa berlalu kan.Hujung tahun gini mesti ramai yang nak buat kenduri kahwin,akikah,cukur jambu,tunang dan lain-lain kan.Orang Malaysia memang suka buat kenduri kendara waktu cuti sekolah,senang kaum kerabat nak datang,masa ni la nak berjumpa bertanya khabar di samping meraikan pengantin,mengeratkan lagi silaturrahim.


Eh masih ada yang tengah survey pakej ,tempat dan persiapan ke tu? saat -saat akhir atau untuk tahun depan? Haaa meh Cik Sue bagi cadangan, Ambassador Putrajaya memang sesuai sangat untuk sebarang majlis seperti perkahwinan,majlis reunion,gathering,bertunang,cukur jambul dan akikah,nak buat kenduri doa selamat pun boleh.Apa benda Ambassador Putrajaya ni? ia adalah dewan untuk sebarang majlis yang di hiar cantik dan selesa malah di sediakan juga pakej-pakej menarik terutama untuk majlis perkahwinan,di tambah pula dengan menu-menu yang di jamin lazat serta memuaskan hati selera dan perut anda serta tetamu nanti.

Pakej dan Promosi.

Sempena bulan kemerdekaan dan musim orang survey pakej kenduri kahwin ni,Ambassador Putrajaya menyediakan pakej-pakej menarik sehingga 31 Oktober 2019 ini,jom grab awal-awal ye,sebab pakej mereka memang berbaloi.





Pakej yang di beri memang lengkap untuk majlis perkahwinan ye,dengan menu yang sedap,persediaan tempat,pelamin,makan beradap malah pakaian juga di sediakan.Termasuk juga hiasan dewan,kek dan macam-macam lagi lah seperti dalam brochure di atas ni ye.Bukan untuk majlis kahwin sahaja ye,majlis-majlis lain pun boleh bincang dengan mereka untuk pakej yang sesuai.

Dewan Cantik Selesa

Baru-baru ni Cik Sue sempat hadir ke majlis hari terbuka mereka di Ambassador Putrajaya ni yang bertempat ni Presint 15,Putrajaya.Dapat la Cik Sue meninjau sendiri apa yang pakej mereka tawarkan,memang terbaik,nasib baik dah kahwin kalau tak memang request ngan tunang nak buat kat sini dah opppsssss hahahhaa.

Ruang dewan yang sesuai untuk majlis,dengan hiasan dewan yang cantik ,pakej yang di tawarkan memang lengkap sangat dah.Dewan pun cukup selesa untuk tetamu,walaupun di tepi jalan raya iaitu corner lot barisan kedai.






Oh ya ,walaupun di kawasan kedai yang pack korang tak perlu risau,kawasan parking memang banyak dan ada kawasan parking lapang di barisan belakang kedai,hanya dekat sangat jarak dengan dewan dan tidak perlu bayar parking ye.






Bagi Cik Sue ada untung juga buat majlis kat sini,senang  nak photoshoot outdoor gambar kahwin,kawasan Putrajaya ni kan banyak je kawasan taman atau tarikan yang cantik dan unik,mudahlah.Dan korang boleh amik terus pakej photographer juga dengan Ambassador,mereka pasti mencadangkan yang terbaik untuk korang nanti.

Menu Lazat Jamu Tetamu

Masa hari terbuka tu juga Cik Sue berpeluang merasai keenakan menu-menu mereka.Jujur Cik Sue akui ,lauk-pauk dan nasi minyak yang di hidangkan memang menepati selera,terasa rempah cukup rasa semuanya.Paling Cik Sue suka daging masak  hitamnya,lembut,rempah terasa,sib baik tak mintak tapau heheheh.Nasi minyak dan nasi putih di hidangkan dengan pelbagai lauk tradisi seperti acar buah,ayam masak merah yang sedapppp,ayam goreng berempah,acar jelatah,dalca sayur,gulai rebung,pajeri nenas fuhhhhh tulis ni pun teringat-ingat lagi haaa.




Selain tu ada juga makanan sampingan dan kuih-muih yang di hidangkan bersama teh tarik panas,ada juga rojak buah,laksa,char kuey tiaw,apam balik,putu piring,ayam gunting dan yang paling di nanti kambing golek mereka yang unik dengan rasa pedas-pedas dan lemon,Cik Sue tak jump alagi kat tempat lain.




Jadi untuk korang yang masih mencari,jom hubungi mereka untuk dapatkan pakej menarik,boleh juga datang tengok sendiri dewan ye.Boleh hubungi mereka dengan maklumat di bawah ni ye : 


Alamat : HANANA GROUP SDN BHD, 
Jalan Perak P15, Presint Diplomatik, 
62000 Putrajaya.
No telefon : +60 16-670 0471

2 comments