Cik Sue pilih Ayam Bismi!

Hai mak-mak dan geng-geng dok dapur tu,korang biasa beli ayam mentah kat mana eh kalau nak masak? Cik Sue selalunya beli kat kedai runcit kat rumah ni je,cuma kalau kena masa pergi beli barang kering kat supermarket tu beli la sekalikan,dah alang-alang shopiing barang kering,tapi kalau semata-mata nak pergi beli ayam je gi pasaraya macam tak berbaloi pula sedangkan kedai dekat rumah ada,jimat la sikit minyak kereta hehehe...

Tapi Cik Sue selalu berdepan masalah dok belek ayam tu kekadang dah terkeluar tulang la,ada yang nampak biru lebam,walaupun kat pasaraya,pendek kata kurang segar la.Sebab tu laaaaa Cik Sue kurangggg sangat kekerapan makan ayam huhuu,selalu beli ikan,dan hasil laut macam udang ,sotong je.Bukanlah tak makan langsung cuma sekali dua je dalam seminggu.Tu belum lagi rasa ragu-ragu masa membeli dekat pasaraya atau supermarket,tapi sebab tak tahu nak cari yang terjamin Halal dan suci Cik Sue tawakal je la ayam-ayam di pasaraya  dan kedai runcit tu dah di pantau pihak berkuasa.








Baru-baru ni nampak abam sado ni dok up beli ayam Bismi , katanya halal dan siap boleh hantar kat rumah,haaaa art hantar tu la yang Cik Sue suka tu hehehe,terus pm tanya macam mana nak order,tapi Cik Sue cari maklumat dulu la pasal ayam ni.Ayam Bismi ni memang segar dari ladang kalau tak silap di Alor Star ,Kedah.Segala proses penternakan,penyembelihan dan pembungkusan semuanya patuh syariah dan mendapat sijil HALAL dari JAKIM.Makanan untuk ayamnya pula bebas dari sisa khinzir serta tiada suntikan dan pengambilan hormon,hampir ayam organik la ni.Sesuai la dengan Mr D yang ada gatal-gatal kulit dan kena kontrol makan ayam sebenarnya,jadi Cik Sue nak cuba ayam ni kot-kot sesuai dengan dia.


Apa yang menarik tentang ayam Bismi ini ianya:

-‘closely organik’ dan tiada sisa khinzir
-Bebas Hormon – tidak disuntik hormon untuk pembesaran
-Disembelih dengan cara Islam dan halal, dipotong, dicuci dan dibekukan segera.
-Tanpa bahan kimia dan pengawet tambahan
-Tahan 1 tahun jika dalam keadaan beku
-Ayam hanya diberi ubat disahkan KKM sahaja
-Halal Jakim
-Kurang lemak, tidak hanyir dan mudah dicuci


Satu benda lagi yang Cik Sue suka Ayam Bismi ni,diorang ada jual pek-pek ayam mengikut bahagian ayam tu,jadi senang la kalau nak kepak sahaja atau peha sahaja atau dada sahaja,pilih je.Ye la kekadang tuk masakan tertentu kita nak guna bahagian-bahagian tertentu kan.Jadi jangan risau boleh pilih je,eh ayam sekor pun ada,ada yang dah di buang organ dalaman,ada yang satu ekor lengkap semua.Korang pilih je mana yang berkenan ikut keperluan.

Jadinya kebetulan stok ayam memang dah kosong dalam peti ais,Cik Sue terus kontek agen berdekatan dan order 3 pek,1 pek ayam sekor potong 9,1 pek kepak,1 pek peha.Maing-masing berat dalam 1 kilo lebih kurang la.Hari ni order,esoknya runner dah call nak hantar ayam,terus sampai depan pintu rumah tau,senang kejeku.



Masa mula-mula sampai terfikir juga adoi banyak lak nak kena siang,basuh dan nak simpan dalam freezer,sekali cuba buka satu pek,ehhhh dah bersih,siap siang semua,lemak dan kotoran pun takde.Wahhhhhh Cik Sue sukaaaa.senang keje mak-mak yang sibuk dan mak-mak yang bekejar dengan anak kat rumah ni,jadi Cik Sue dah masak dan guna Ayam Bismi ni,nak tau menu apa tak?



Cik Sue masak peha dulu,buat drumstick panggang madu,nak resepi tak hehehe okeh jom tengok resepi kat bawah ni ye:


Peha Ayam Panggang Madu :

Bahan :
4 ketul peha ayam,kalau nak guna kepak atau bahagian lain pun boleh je.
2 besar sudu serbuk cili
1 kecil sudu serbuk kunyit
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
rosemary kering,boleh ganti ngan serbuk jintan
sedikit lada hitam
3 sudu madu
sedikit garam

Cara :
-tumbuk lumat bawang putih dan halia.
-masukkan dalam mangkuk sekali dengan ayam dan bahan lain
-gaul rata dan perapkan sekejap,nak simpan buat stok dalam peti ais pun boleh.
-bila nak masak defrost je,masuk oven.
-bakar jangan sampai kering sangat.







Dah siappppp senang je,selalu Cik Sue makan ratah je bila tak mau nasi,boleh je makan ngan nasi pun.Kalau nak diet pun elok gak buat ni,makan dengan salad dan kentang,cicah sos nandos ehhhhh tak cukup pulak dua ketul hahahhaha...hancus diet.


Apapun menggunakan Ayam Bismi untuk masakan Cik Sue di rumah Mr D puji tak banyak lemak dan ayamnya rasa segar tak hanyir,kalau nak tahu,kalau korang frozenkan boleh tahan setahun tau ayam ni.

Lepas ni Cik Sue memang akan pilih ayam ni la,terjamin,tahu dari mana datangnya dan Cik Sue yakin dengan status halalnya.


Dua tiga hari lepas masak gulai tempoyak ayam,banyak pula Mr D makan,kurang lemak dan tak hanyir sedap katanya...boleh buat lagi ni.

Korang kalau nak maklumat lanjut dan nak cuba ayam ni boleh klik link kat bawah ni ye,sama-sama kita support produk bumiputera dan halal muslim kita #bmf ,sebagai muslim kita wajib mencari yang halal kan

6 comments

  1. hye kak sue.. lisa tak mkan ayam . makan ayam kampung je hahaha. sebab ayam kt pasaraya tu ayam daging tk ngam dengan lisa. Tk try lagi ayam bismi.. lau kluang ada .. boleh la cuba

    ReplyDelete
  2. Menarik la..nanti nak skodeng kalau2 dia cover area Sungai Buloh ke tak..kalau ada kat Seremban pun best ni...

    ReplyDelete
  3. Kat sini pun ada seller ayam Bismi ni tapi tak perasan pula ayam Bismi ni ada yang jual ikut bahagian. Ingatkan jual ayam sekor sekor je. Boleh la order lepas ni.

    ReplyDelete
  4. Tak perasan kalau2 ada jual ayam Bismi ni di Johor, thank you infonya

    ReplyDelete
  5. minta hantar ke Conakry juga...payah sini nak dapat ayam halal...

    ReplyDelete
  6. senang beli by part mcm nie..sebab tak semua bahagian ayam kita mkn.

    ReplyDelete