Joint Wellness dan Bowel Wellness dari Himalaya Wellness untuk masalah sendi Cik Sue.




Korang dah baca cerita Cik Sue di SINI ,Siapa yang dah baca mesti tahu kesakitan sendi yang Cik Sue alami.Nak ikutkan sakit sendi ni bukan pasal terseliuh baru ni je,dari lepas bersalin Humaira lagi dah mula rasa sakit pinggang yang melampau,sakit lutut,sakit tulang punggung dan sendi bahu.

Mulanya ingat simptom biasa dan akan reda beberapa lama lepas tu,tapi salah perkiraan rupanya.Rasa sakit dan ngilu pada sendi dan tulang makin teruk,tambah-tambah bila cuaca sejuk,bila Cik Sue buat kerja berat lebih sikit atau jalan jauh dan banyak bergerak.Kekadang malam-malam mengiring susukan anak lepas setengah jam mesti sakit,ngilu semua.

Ada juga tanyakan doktor dan misi setiap kali pergi pemeriksaan Humaira bulan-bulan tu,mereka pun kata kemungkina kekurangan kalsium sebab susukan anak ,anak dah sedut zat kalsium tu,dan si ibu ambil kalsium tak cukup,tu yang sakit semua sendi dan tulang.Selain daripada itu ada lagi punca-punca lain :



Punca-punca Sakit Sendi

Terdapat pelbagai jenis sakit sendi dan banyak juga faktor yang meningkatkan kebarangkalian seseorang itu untuk mendapat masalah ini antaranya :

Umur : Umur yang semakin meningkat akan menyebabkan kawasan sendi menjadi semakin tidak berfungsi,bak kata orang tua,minyak gris sendi dah habis hehehe,tu yang sakit,teringat arwah nenek kata makan banyak kacang bendi tu elakkan sendi sakit,wallahualam la betul ke tak petua tu heheh.

Genetik: Kalau ahli keluarga ada yang mempunyai penyakit yang melibatkan sendi seperti rheumatoid arthritis, SLE dan ankylosing spondylosis selalunya berkait rapat dengan genetik,mungkin akan meningkatkan risiko kita juga kena.



Berlebihan berat badan: Haaaaa,ini adalah salah satu faktor Cik Sue sakit segala sendi dan tulang,siap kena bebel ngan doktor masa pergi ambil ubat dan rawtaan,berat badan Cik Sue memang naik mendadak lepas bersalinkan Humaira,sekarang lagilah,lebih dari berat masa mengandung huhuuu mungkin selera makan naik sebab susukan anak kan? Lebihan berat badan akan memberi tekanan yang lebih kepada sendi dan ia boleh menyebabkan kecederaan kepada kawasan tersebut

Kecederaan pada sendi: Ni pun sama,penyebab sakit sendi Cik Sue makin teruk,kejap jatuh bilik air,jap kang jatuh tangga,pastu terhantuk sana sini,macam-macam hal,konon sakit sikit-sikit pergi urut dan amik ubat tahan sakit  nanti baik la,tapi hurmmmm memang berlanjutan,masa tak rasa sakit tu sedap la melasak,dah sakit,nangis je la mampu.Kecederaan yang lepas pada sendi seperti ligament yang koyak akan menyebabkan sendi tersebut tidak stabil dan kecederaan yang seterusnya akan lebih mudah berlaku.

Jangkitan: Bila dah ada kecederaan kadangkala ada jangkitan yang kita tak tahu.Terdapat beberapa jenis jangkitan bakteria dan virus yang menyebabkan keradangan

Berlebihan kerja: Yes,Cik Sue pun selalu acah-acah gagah buat semua benda sendiri,tambah-tambah bila Mr D tak de kat rumah,konon-konon mlas nak tunggu dia balik,jadi buat je la ,masa buat tu memang la larat,,lepas tu mula la mengerang sakit badan.Jika seseorang itu membuat kerja yang berlebihan seperti mengangkat barang yang berat, ia boleh mencederakan kawasan sendi yang boleh menyebabkan sakit sendi berlaku.

x ray kaki kiri Cik Sue

Mencari penawar sakit.

Selain daripada tambahkan kekerapan minum susu dan sumber kalsium Cik Sue ada juga ambil supplement tambahan untuk masalah sakit sendi ni,dan demi mengikut saranan doktor supaya turunkan berat badan kenalah lancarkan proses penghadaman dan lawaskan perkumuhan,atau detoxkan badan.

Kenapa kena detox badan? Sebab kalau tak detox atau keluarkan toksin dalam badan macammana zat-zat atau kalsium dan supplement yang kita ambil nak di serap oleh badan.

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kitla dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.


Jadi lebih kurang sebulan lepas Cik Sue pilih produk dari Himalaya Wellness yang berasaskan 100% herba.Masa menyusukan Humaira dulu pun Cik Sue ambil produk dari Himalaya ni memang membantu menambah susu badan boleh baca di SINI ye.Kali ni Cik Sue pilih Joint Wellness dan Bowel Wellness untuk masalah Cik Sue.

Joint Wellness


Produk Joint Wellness atau Shallaki dari Himalaya ni menggunakan bahan dari pokok Boswellia Serrata (Shallaki) yang memang popular di India untuk sakit sendi atau melegakan sakit yang berkaitan penyakit tulang.

herba shallaki

Kebaikan Joint Wellness

Sebelum menggunakan produk ni Cik Sue dah dapatkan maklumat dari staf Himalaya sendiri,memang banyak kebaikannya produk berasaskan herba ni,tiada bahan tambahan yang lain jadi lebih yakin nak cuba,antara kebaikannya adalah :

- Melegakan masalah sakit sendi tulang termasuk bahu, lutut dan juga pinggang
- Mengelakkan sendi mengalami kerosakan
- Mengurangkan risiko osteoporosis
- Mengurangkan kesakitan artritis dan meningkatkan fungsi sendi
- Menindas kesakitan sendi
- Membantu menguatkan sendi
- Melancarkan aliran darah

Cara pengambilan pun mudah je,datang dalam bentuk kapsul jadi tak de alasan ,telan je tak rasa apa pun hehehe.Cara makannya ambil sebiji kapsul sahaja 2 kali sehari,Cik Sue ambil sebiji lepas sarapan dan sebiji lepas makan malam,mudahkan?

Testimoni Cik Sue
Alhamdulillah,selepas hampir sebulan amalkan kebetulan pula lutut Cik Sue terseliuh tu,memang Cik Sue rasakan kesannya,kesakitan cepat reda dan bengkak pun cepat surut,oh ya Cik Sue amalkan dari sebelum lutut terseliuh tau.Dan di teruskan sampai sekarang,dan bila bengkak dah surut Cik Sue memang tak ambil langsung ubat doktor bagi,hanya ambil Joint Wellness Shallaki sahaja.Syukur sangat bengkak seliuh cepat surut dan sakit pinggang pun banyakkkkk sangat leganya dari sebelum ni,Insya Allah Cik Sue akan terus amalkan la selain dari makan makanan berkhasiat untuk tambah kalsium.

Bowell Wellness


Selain dari cari penawar untuk sakit sendi,Cik Sue di nasihatkan doktor supaya turunkan berat badan juga,jadi sebagai langkah pertama Cik Sue kena la bersihan badan dan usus dari segala toksin dulu,detox orang kata huhuu.Cik Sue ni sejenis orang yang memang  malas nak buat air detox la blend-blend segala tu,jadi Cik Sue pilih Bowell Wellness (Triphala) dari Himalaya untuk membantu usaha Cik Sue ni heheh,cara senang dan terjamin tanpa bahan kimia,buat apa nak susah-susah kan? ihik...

Mengandungi bahan utama Triphala iaitu gabungan buah-buah kering pokok herba yang terdapat di India di samping bahan herba lain sangat membantu terutama mereka yang selalu sembelit,eh jangan main-main tau sembelit boleh menjadi punca macam-macam penyakit ye.Antara punca-punca sembelit ialah :

Herba Triphala


Pemakanan: Pengambilan makanan kurang serat (contoh makanan berserat tinggi adalah buah-buahan dan sayur-sayuran) akan menyebabkan najis berketul dan keras.

Minuman: Tekstur najis yang normal akan terbentuk apabila seseorang mengambil sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari.

Gaya hidup sihat: Aktiviti sukan akan meningkatkan aktiviti usus dan memudahkan proses membuang air besar.


Kebaikan Bowell Wellness.
Masalah Cik Sue pula tidaklah sampai sembelit cuma sesi pembuangan yang tak teratur,haaa ikut suka dia je hahahha,jadi untuk menjadikan teratur dan lawas setiap hari Cik Sue ambil la Bowell Wellness ni.Banyak juga kebaikannya :

- Melegakan perasaan sembelit
- Membantu aliran usus normal
- Menyokong detoksifikasi yang normal daripada usus

Testimoni Cik Sue
Alhamdulillah,walaupun ambil lambat sikit dari Joint Wellness,lewat dalam seminggu dua je,tapi ada kesan selepas ambil dalam 2 minggu.Memang lancar dan lawas sistem perkumuhan,setiap hari tu wajib,dan Cik Sue rasa badan lebih ringan.Mudah nak bergerak,jadi sekarang Cik Sue teruskan di samping mula menjadi cara makan.

Produk Himalaya 100% Herba.

Kenapa Cik Sue menyakini produk Himalaya? sebab ia dari 100%  herba dan kebanyakannya dari India yang Cik Sue tahu memang banyak ilmu-ilmu perubatan tradisional yang mujarab merawat pelbagai penyakit.Malah di yakini halal di Malaysia,mudah di dapati di kedai-kedai berhampiran.


Tapi nasihat Cik Sue sebelum ambil sebarang produk korang kena tahu dulu kondisi tubuh badan sendiri,alergik dengan apa,sakit bahagian mana dan dapatkan nasihat doktor dulu ye,jangan suka-suka ambil.Harga pun berpatutan dengan kualiti produk mereka.

Kalau korang nak cuba boleh dapatkan info di link bawah ni ye :

Website: http://www.himalayainasia.com/
Facebook: https://m.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia/
Instagram: https://instagram.com/himalayamalaysia/

2 comments