Sakit Sendi,Kurang kalsiumkah?

Bukan tak nak cerita,tapi segan,orang baca atau dengar pun mesti nak gelak,tak pun kuar ayat,ishhhh takkan la gitu je haaaa tu malas cite tu.Amenda la Cik Sue merepek ni,tak de la,ni ha sakit lutut ni,dah berlanjutan dari raya haji ari tu lagi.

Cite senangnya terseliuh sendi lutut,ramai dah yang tahu tapi ramai juga yang tak tahu,pastu bila tahu,terus kata tak de cite pun,tak de up status pun,errrrr segan wehhhh ..huhuuu .....kang orang kata ngada-ngada lak huhuu....

Begini ceritanya.memang dari lepas bersalinkan Humaira ,Cik Sue selalu sakit-sakit lutut la,tulang belakang la,ngilu sendi la,haaa yang berkaitan dengan tulang dan sendi la.Pernah ambil supplement tambahan kalsium,sebab fikir bila susukan anak,kalsium tu anak sedut,ntah betul ke tidak tak tau la kan hahahha.tapiiiiii tak konsisten ambilnya,kejap ambil kejap tak.Tambahan pula CikSue ni jarang minum susu,susu soya je selalu,tu pun sekarang seminggu sekali je,sebab ada yang kata tak elok nanti kena cyst,haaaaa sejenis yang mudah percaya.Jangan contohi Cik Sue ye.

Sakit lutut dan tumit pula makin teruk sebab berat badan dah bertambah,sejenis makan tak ingat dunia dan tak sedar diri badan dah macam guni beras huuuu Ya Allahhhh bila la nak ada keinsafan jaga makan ni huhuuu.Masa nak balik kampung raya haji baru ni,Cik Sue kelam kabut nak angkat Humaira nak letak kat seat belakang kereta,ntah macam mana terpusing badan,dan lutut berbunyi "tappp" dan semestinya Cik Sue terjerit suara jantan keluar tau hahahhaa,masa tu memang terasa sakit sangat sendi lutut tapi sekejap je dalam 10 minit,sebab tengah nak bertolak terus masuk dan duduk kat depan ,terus jalan nak balik kampung.Masa dalam perjalanan tu ada la rasa sakit-sakit sikit tapi tak de la bengkak atau sampai nak meraung.


Sekali bila dah sampai rumah abah kat Pahang,malam tu haaaaa hambek kauuu,bengkak macam kena injek jadinya ,tambah dengan berdenyut,nak lipat kaki tak boleh,meleleh juga la air mata hahaha.Kebetulan petang raya tu keluar beli barang terus ke farmasi cari ubat tahan sakit dan plaster tiger balm tu,masa tu tak terfikir pulak terseliuh sebab rasa kedudukan sendi lutut tu ok je dannnnnn masih boleh jalan.Siap shopping groceries lagi kat pasaraya huhuuu.Malam tu mengerang jugak la tengah tidur menahan sakit,besoknya balik Dengkil,terus pergi klinik Mediviron kat Cyberjaya sebab panel Mr D hehehe.Masa tu memang bengkak ya amat la ,dan sangattttt la ngilu bila bergerak.



Sekali masuk bilik doktor,terus kena bebel ngan doktor,kenapa biarkan 2 3 hari? kenapa sekarang baru datang? Dah bengkak sangat ni...haaaa diam je la seketul Cik Sue tu,salah sendiri huhuu,doktor check lepas tu kena xray sebab doktor risau ada retak atau apa-apa masalah lain,huuuu seram pulak masa ni.Dah siap xray semua,bila tengok memang sendi dan tempurung lutut tu senget skit,uishhh cerita pun rasa ngilu lagi huhuu....terus doktor cadangkan refer ke hospital tegur apa pakar kata.Aiyarkkkkk benda ni la yang Cik Sue takut hahahha,tak nak masuk waddddd... :P 

Terus minta ngan doktor boleh tak bagi tempoh seminggu,bagi ubat tahan sakit dulu,saya ikhtiar urut dulu ,mana tahu menjadi,haaa doktor pun buat muka je hahha tapi dia bagi juga la dengan pesanan lepas seminggu kalau masih sama sila datang dan ambil surat refer hospital terus,Ok2 baik doktor,asalkan tak masuk wad masa tu hahahahha ngek sungguhkan Cik Sue.


Maka teruslah buat appointment mengurut dengan mak sedara kat Banting,ulang dalam 2 kali Alhamdulillah sedap sikit rasa,lalu teruskan je pengambilan ubat dan tak repeat dah ke klinik heheheh.


Dah dalam proses penyembuhan tu,boleh pulaaa balik cuti merdeka baru ni jatuh terduduk dalam bilik air kat rumah mertua,sambil dukung Humaira siap mandi,nak selamatkan anak tak nak bagi dia terhempas,ibu la yang menahan sakit,huwaaaaaa terus sakit semula ,malah bertambah sakitnya terhempas bontot huhuuuu apa laaaaaaa nasib.Jadi sekarang jangan banyak tanya kalau nampak Cik Sue jalan senget-senget ye hahahha,dan jangan tanya kenapa jarang nak keluar drive jauh-jauh,keretaku manual tau takkkkk,dekat gi kedai runcit aceh kat rumah pun balik dok mengaduh ,cam no? huhuuu...


Begitulah kisahnya lututku ini,bila orang tanya macam mana boleh seliuh lutut,nak cerita pun segan sebab dukung anak masuk dalam kereta,apooooo? hahaha tapiiiii doktor kata setengah orang bila kekurangan kalsium ,tersalah step masa berjalan pun boleh cedera tau,haaaa jangan main-main,jangan naj gelak sangat eh.Jadi sila dapatkan kalsium yang cukup,sila minum susu jangan ikut perangai Cik Sue yang payah nau minum susu huhuuu.

Oh ya sekarang Cik Sue ambil supplement Joint Wellness Himalaya selain dari ubat-ubat doktor bagi tu,memang sesuai sangat la,tambahan kandungannya herba 100% jadi Cik Sue tak ragu-ragu la.
Banyak kelebihan Joint Wellness Himalaya ni,antaranya : 

- Melegakan masalah sakit sendi tulang termasuk bahu, lutut dan juga pinggang
- Mengelakkan sendi mengalami kerosakan
- Mengurangkan risiko osteoporosis
- Mengurangkan kesakitan artritis dan meningkatkan fungsi sendi
- Menindas kesakitan sendi
- Membantu menguatkan sendi
- Melancarkan aliran darah

Nanti Cik Sue share ye macam mana kesan amalkan Himalaya Joint Wellness ni.

6 comments

  1. Adoi....lutut akak plak yang rasa sakitnya..kalau Sue masalah lutut..akak plak sejak ada gerd ni akak mudah sakit Belikat...mak oiiiii....x menahan sakitnya...every week abah tolong urutkan..sebab tu akak sekarang tukar drastik pemakanan..asid reflux tu akan effect akak nyer belikat..

    ReplyDelete
  2. Ngilu pulak dengarnya cik sue. Masalah kita sama je. Lepas bersalin aritu semua penyakit ngilu, sendi, pinggang, belakang semua datang. Nak cari jugak la Himalaya yang ni. Tak boleh nak buat kerja berat sikit, confirm malam meraung sakit.

    ReplyDelete
  3. aduhh seksanya sakit bengkak tu. semoga cepat sembuh. Aaminn

    ReplyDelete