Servis Kereta dengan harga berpatutan di Casumina Tyre Sdn Bhd

Hai semua,kakak-kakak,adik-adik dan makcik-makcik semua,nak tanya ni korang ambil tau tak pasal kereta yang korang dok guna hantar ambil anak sekolah hari-hari tu,masa service korang ambil tau tak pasal kereta? Sebagai perempuan yang boleh memandu dan kerap memandu tak kisahla kereta sendiri ke kereta suami ke,anak dara ke,janda ke,mak-mak ke.Cik Sue rasa korang kena ambil tahu perihal kereta yang korang pandu tu supaya senang kalau apa-apa jadi sekurangnya korang dah ada basic dan pengetahuan asas tentang kereta,sama juga bila kita di dapur,kena la tahu macam mana segala perkakas berfunsi kan haaaa gitu la.

Membebel lak Cik Sue padahal nak cerita minggu lepas Cik Sue serivice kereta Mr D kat Casumina Tyre Sdn Bhd di Seksyen 15 Shah Alam.Kebetulan kami ke Shah Alam ada urusan keluarga,kereta pulak dah sampai limit jarak perjalanan yang perlu di service,sementara ada masa terluang menunggu urusan kami tu,tanya-tanya kawan kat mana yang di rekemen untuk service kereta dengan harga berbaloi,kami di suruh ke sini,katanya berbali harga dan perkhidmatan yang di beri,terus ajak Mr D cari tempat ni.


Casumina Tyre Sdn Bhd

Masuk je kawasan bengkelnya,fuhhh macam gudang dah,luas,dengan susunan tayar pelbagai size,terletak betul-betul di simpang jalan,boleh cari lokasi di google maps dengan menaip casumina tyre shah alam memang sampai tepat-tepat di tempatnya.Rupanya bukan kereta je datang service kat sini,lori besar-besar yang bawa kontena tu,lori-ori biasa,van dan kereta semestinya lah.


Sampai je kami di sambut denganmesra dan Cik Sue terus bagitahu nak service kereta,dan bagi maklumat dah berapa kilometer dan apa yang Cik Sue nak buat,kalau korang tak tahu apa pun,bagitahu je nak service diaorang akan periksa apa yang perlu di buat,kemudian korang akan di bagitahu semua yang di periksa dan pilihlah nak buat ikut bajet atau semua sekali.Mudahkan.

Kali ni Cik Sue buat minor service je,tukar minyak hitam yang di cadangkan dari mereka,cuci air filter dan tukar oil filter,dan Cik Sue cuba minyak di bengkel mereka ni katanya formulasi teknologi dari Itali dan German setanding yang di pakai oeh kereta-kereta lumba.Wahhhh harap-harap ada perubahan la,sebab sebelum service kereta ni macam berat sikit,tekan 120 km/j pun alahaiiii macam kena tarik ke belakang je huhuuu...



Apa yang Cik Sue perhatikan ,staf mereka buat kerja memang cermat dan teliti,cara kerja pun ikut prosedur.Korang boleh tengok dekat-dekat,jangan risau,sambil-sambil service tu pun nak tanya apa,tanya je,ada kemusykilan apa-apa staf kat situ siap ajar cara jaga dan apa kena buat untuk penjagaan kereta,memang tak kedekut ilmu.


Cik Sue ikut cadangan diorang guna minyak hitam mereka,dan yang pasti harganya berpatutan serta minyak original,boleh check sendiri botol dan kandungannya.Kalau nak tahu Cik Sue pernah jumpa bengkel yang guna minyak hitam terpakai tuk di masukkan semula dalam kereta yang datang nak service,terukkan huhuuuu,ni katanya minyak di import memang dah packing dari luar negara kilang asal mereka,sampai pun dalam botol berseal dah,masa nak masukkan dalam tangki kereta,kita boleh buaka dan tengok sendiri kualiti minyak tu.Jadi Cik Sue sangat suka cara mereka,dan setuju guna minyak mereka ni.

air filter yang di cuci,tak perlu tukar masih elok

Selain itu kat sini juga korang boleh nak tukar tayar dengan harga berpatutan tapi berkualiti setanding jenama terkenal,iaitu jenama Constancy.Cik Sue hanya survey dulu la,sebab belum sampai masa nak tukar tayar,setakat yang Cik Sue tengok agak bagus tayarnya dan sesuai untuk poket orang-orang macam kami ni untuk guna tayar baru.Pelbagai saiz ada korang datang je ye,boleh pilih dan check kualiti sendiri.



Safety Bar

Kat sini juga Cik Sue belajar sesuatu yang baru tentang safety bar untuk balancing kereta.Korang pernah perasan dan rasa tak masa naik kereta bila sampai tang konar tu,kereta korang naik akan raa senget,kalau time laju tu rasa macam terangkat sebelah,bahaya kan? tambah-tambah yang suka memecut laju tu,haaa Cik Sue ngeri betul bila teringat,memang gigil la kalau orang bawa kereta cam tu,kalau Mr D memang lebam la kena cubitan ketam Cik Sue.

Jadi inilah bendanya tuk stabilkan kereta bila memecut tang konar tu,dia berfungsi stabilkan kedudukan kereta dan jaga kesimbangan walaupun korang tengah laju,tak de la macam nak terbalik tayar ke atas di buatnya.




Dan rupanya harga tak la mahal mana,untuk Persona kami modal bawah RM500 dah boleh dapat bar di depan belakang tapi staf kat situ kata pasang satu pun dah ok sebenarnya untuk kereta-kereta biasa kita guna harian dan tak lasak ni.Nantilah ada modal nak pasang juga benda ni,tuk keselamatankan ,apa salahnya.

Car Wash Casumina

Sebenarnya dari awal masuk kawasan bengkel Cik Sue dah perasan car wash kat luar tu,tapi ingatkan bukan sekali Casumina punya,dah dekat nak siap service kereta tu Cik Sue try la tanya,rupanya sekali ownernya,jadi terus suruh diorang basuhkan memandangkan kereta Cik Sue tu dah comot macam kuar bendang,kat dalam pulak alahaiiiii biasa la kereta ada budak kan,habuk biskutnya,air tumpahnya,bagitahu stafnya suh cuci,diorang cadangkan buat nano mist sekali iaitu asapkan tuk buang bakteria serta serangga.Hah memang Cik Sue setuju la.


Terus ambil pakej RM39 macam dalam gambar kat atas,memang puas hati sangat-sangat.Dengan wanginya,sengan berkilatnya,rasa sayang pulak nak berjalan-jalan ngan kereta ni dah siap basuhkan hahahahha perangai sangat.





Pengalaman Pemanduan Selepas Service

Memang terasa perbezaannya,sebelum service bila masuk gear dan tekan minyak rasa berat je kereta nak bergerak dan bunyi mengaum-ngaum macam tak mahu pergi-pergi dibuatnya.Tapi Cik Sue cuba memandu selepas service memang terasa lancar dan senyap je pemanduan.Tak de la bunyi pelik-pelik macam lori tanah hehehehe.Dan pengudaraan dalam kereta pun lebih segar sebab dah cuci air filter.
Kos service dan cuci semua sekali tak sampai pun RM300 tuk kali ni minor service,kalau major service mungkin lebih sikit la tapi masih berbaloi bagi Cik Sue sebab perkhidmatan yang di beri memang bagus.Yang paling buat Cik Sue sengih kereta berkilat wehhhh,,,baru la tak segan nak pandu hehehehe...



Mana yang berdekatan atau nak cuba service mereka boleh hubungi mereka atau datang ke sana terus ye,maklumat seperti di bawah : 


Alamat :
Lot 20, Jalan Utas 15/7, Section 15 (28.47 km)
40200 Shah Alam, Malaysia

Tel 016-750 5999

10 comments

  1. Kilat betul kereta sue tu, fuhhhh, lama dah tak bagi kereta pi spa...spa mcm ni kena book lah cm ni hehehe

    ReplyDelete
  2. wah berkilat kereta dia.. bau tahu jugak pasal safety bar tu. ilmu baru.

    ReplyDelete
  3. bagusnya semua servis ada sekali di situ. xpayah nak p cari lain-lain tempat. kereta ini kalau nak bg tahan lama dan lasak mmg kena selalu servis baru enjin bgs kan

    ReplyDelete
  4. Lengkap betul kemudahan servis kereta kat sini, siap ada car wash lagi.. good sharing Sue. Done follow sini juga.

    ReplyDelete
  5. biasa kalau nak service kereta duk minta suami buatkan. memang kene ambil tahu sikit pasal kereta ni kan sue. dah dekat sangat dengan ofis aju ni, bolehla service kat sini nnti

    ReplyDelete
  6. Bagus sangat ni, kita wanita kena belajar semua, supaya nanti kalau hantar sendiri tak le kena tipu kan...dan paling Sis suka, lepas servis cuci kereta...arghhh bestnya bawa kereta dalam keadaan bersih...

    ReplyDelete
  7. bagusnya ciksue boleh pergi service keta sendiri. kita masih mengharapkan en.suami. ikut sekali tapi tak reti apa-apa..haha
    lepas ni kena lebih pandai..kena lebih belajar..hehe

    ReplyDelete
  8. lepas servis baru sedap nak drive kan...murah juga cas yang dikenakan.

    ReplyDelete
  9. menarik ni.. dah lama tak manjakan si merah tu. boleh la try nanti

    ReplyDelete