Jom kumpul mainan Surprise Happy Meal sempena Anniversary ke 40

Assalamualaikum dan hai semuaaaa….

Siapa suka kumpul toys Happy Meal angkat tangannnn…Haaa yang Acik-acik.kakak-kakak,abang-abang tu pun kalau selalu beli Happy Meal untuk diri sendiri pastu acah-acah beli untuk anak saudara la,adik la,anak la tak yah segan okey.Bukan korang je ramai lagi macam tu,biasa la dari kecil lagi Happy Meal ni dah sebati dengan korang kan,mana taknya Happy Meal dah 40 tahun wujud tau tak? Haaaa dah umur pak cik-pak cik dah tu 40 tahun hehehehe jadi tak hairanlah kalau yang dah beranak bercucu pun dok kumpul mainan Happy Meal kan,mengimbau zaman kanak-kanak katanya.


Surprise Happy Meal sempena Anniversary Happy Meal ke- 40

Sempena  ke-40 kewujudan kotak Happy Meal yang selalu kita beli untuk diri sendiri dan anak-anak di McDonald’s ,mereka kini mengembalikan nostalgia dan kenangan manis waktu kecil-kecil dulu dengan membawa semula  14 mainan terpilih dalam kotak edisi terhad  Surprise Happy Meal.Korang semua boleh dapatkan di cawangan McDonald’s seluruh negara bermula 28 November 2019 hingga habis stok ye.




Surprise Happy Meal kali ni menghimpun beberapa mainan yang popular sejak 4 dekad lalu,jadi korang bolehlah dapatkan untuk diri sendiri atau anak-anak sambil mengimbau nostalgia bersama mainan tersebut. Mungkin ada kenangan bersama orang tersayang,bolehlah bercerita dengan anak-anak,dah boleh jadi satu aktiviti dan masa yang berkualiti dengan anak-anak kan?


Nikmati masa berkualiti dengan anak bersama Happy Meal

Cik Sue pun dah teruja ni nak dapatkan koleksi mainan dalam kotak Surprise Happy Meal ni,maklumlah kecil-kecil dulu tak merasa sebab tinggal jauh di pedalaman tempat abah kerja hehehe.Sekarang bolehlah bagi alasan Humaira yang nak,padahal ibu dia yang lebih-lebih haaaa baru la suami tak bebel hahahha.Seronok sebenarnya tengok anak teruja nak buka plastic mainan setiap kali pergi McDonald’s atau singgah  Pandu Lalu,Humaira pun dah cam sangat ,asal lalu je mesti minta dengan ibu,haaa tapi tak de la beri selalu ye,kena pantau juga Kikiki nanti manja terlebih.Bila anak dok tunggu kita buka mainan dan ekspresi wajah dia yang seronok dengan mainan tu buatkan kita sebagai ibu pun seronok sama tau.


Dalam koleksi kali ni McDonald’s Malaysia bawakan mainan dari tahun 1988 tau haaa lama tu,memang mengimbau la tuk peminat yang dah dewasa kan.Terutama yang membesar dengan mainan-mainan tersebut,kalau nak tahu ada je yang buat koleksi dah berates mainan Happy Meal ni,korang search je kat internet.Sebab apa orang suka buat koleksi,bagi Cik Sue mainan Happy Meal ni agak berkualiti,kukuh juga walau Humaira main lempar sana sini,baling-baling je,elok lagi mainannya.Antara mainan yang di bawakan kembali adalah Cowboy McNugget,Tamagotchi,Hello Kitty,Furby,Space Jam Bugs Bunny dan banyak lagi.



McDonald’s bukan sekadar restoran.

Dulu-dulu bagi Cik Sue, McDonald’s ni sekadar tempat makan sama macam restoran-restoran lain,tapi berbeza sekarang selepas tahu macam-macam boleh kita buat di McDonald’s terutama bersama keluarga.Melaui Parties@McD ,selain dari sambutan hari lahir anak-anak rupanya  korang juga boleh buat macam-macam event di sana,sesuai je contohnya bengkel atau kelas pembelajaran seperti bengkel penulisan,fotografi atau melalui Meetings@McD korang boleh adakan mesyuarat komuniti ,syarikat atau persatuan.Sesuai je sebenarnya,boleh tempah bilik atau ruangan untuk aktiviti tersebut.Malah nak buat majlis keluarga ,kawan-kawan atau bersama pelanggan pun sesuai contohnya majlis persaraan,naik pangkat,ulangtahun dan macam-macam lagilah.


Kalau majlis keluarga tu nak meraikan ulangtahun perkahwinan,nak buat majlis pertunangan pun sesuai.Selain berkumpul,masa inilah nak rapatkan silaturrahim dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga di samping anak-anak boleh bergembira,ye la McDonald’s kan anak-anak mana yang tak suka,nampak lambang M besar tu pun dah seronok bukan main hehehe.


Korang nak tempah untuk buat majlis-majlis atau aktiviti di restoran McDonald’s boleh tempah melalui aplikasi McDonald’s ye,boleh download di Play Store atau Apple Store,sangat mudah tau,Cik Sue suka betul juga apps McDonald’s ni hehehe ataupun boleh juga ke laman web mereka ye, www.mcdonalds.com.my

Jom dapatkan koleksi mainan Surprise Happy Meal!


Jom la korang kita kumpul koleksi mainan Surprise Happy Meal sempena Aniversary ke- 40 Happy Meal ni,kumpul dengan anak-anak dan orang tersayang mesti seronok kan.Kotak Surprise Happy Meal ni akan mula di edarkan di semua cawangan bermula 28 November 2019 ye sampaiiiiii la stok habis,haaa kira sapa cepat dia dapat la ye…jom kita…


Untuk maklumat lanjut promosi ni korang boleh ke laman web McDonald’s ye

Laman web www.mcdonalds.com

Jom serbu McD guyssss....

#HappyMeal40thAnniversary #McDonaldsIconicToys #McDonaldsMalaysia #PartiesAtMcD #FamilyTimeAtMcDonalds

12 comments

  1. comel mainannya, anak saya mesti suka =))

    ReplyDelete
  2. Dulu kumpul toys legend ni, nak kena kumpul balik nih....

    ReplyDelete
  3. Dulu-dulu ai suka betul looney tunes. Pastu senyap. Sekarang muncul balik. I is excited.

    ReplyDelete
  4. Sejak ada Noah ni banyakk dah fiza kumpul toys happy meal! tak sabarrr nak tunggu yang surprise ni!

    ReplyDelete
  5. sejak ada anak baru beli happy meal..hahaa..mak pun ikut teruja..pergh nak kumpul maiann ikonik ni..tak sangka mcd boleh buat macam2 party

    ReplyDelete
  6. yeeyyy tak sabarnya nanti nk kmpul mainan tu

    ReplyDelete
  7. mak budak pun happy dengan happy meal, apatah kita yang budak2 ni hahahahah

    ReplyDelete
  8. Comel2 semua toys tu, budak2 mesti suka

    ReplyDelete
  9. Siapa lah yg sudi surprise kan hello kitty tu dekat Haida

    ReplyDelete