Nasi Basi Kerana Periuk?

Hai semua,
Lama plak menghilangkan hehehe ni baru nak panaskan jari jemari mencoret bebelan di blog ni selepas demam,batuk 3 beranak baru ni lepas balik dari Genting.Berlarutan hampir 2 minggu lebih sampai 3 kali ulang klinik tukar ubat huhuuu.So mood nak menulis pun lari tah ke mana hala,ada masa nak reply wasap pun malas,apakahhhhh hahahhaha.

Ok kali ni kembali dengan cerita nasi basi hahahha apoooo Cik Sue oiiii nasi basi pun nak cerita ngan orang,idok la,cuma nak share je ngan korang kisahnya.Ye la ai kan suri rumah,cerita dalam rumah,dapur je la boleh share pun huhuuu.

Kisahnya periuk nasi yang asal rosak,buka la periuk nasi hadiah kahwin dari kawan-kawan exopismate dulu,ha kauuu dah  4 tahun kawin baru nak pakai,Jenama Philips yang jenis tutup tak boleh cabut tu.Macam gambar di bawah ni ye :


Start la guna buat masak nasi macam biasa,dalam 3 4 kali guna Cik Sue mula perasan masak nasi je mudah basi.Kekadang masa pagi pukul 10 pukul 3 4 petang dah berair dan masambasi,mula-mula pelik juga,ada ambil nasi ngan tangan ke,tak de pulak.

Lama-lama Ck Sue perhatikan rupanya wap air nasi bila tengah di masak masuk semula dalam tu,bila nasi masak Cik Sue off suis dan biar je,air wap masuk semula dan menitik atas nasi,dan nasi mudah basi.Ni pengalaman Cik Sue la,tak tahu la orang lain kan,sebab apa kata gitu,Cik Sue dah cuba macam-macam petua,siap terbalikkan periuk dan panaskan dengan api bagai,siap jemur periuk dan macam-macam lagi lah,semua tak jadi.

Memang membazir la ceritanya,kekadang saja masak lebih sebab nak makan sampai petang atau dinner,memang kerjanya buang nasi ke tong sampah je la.Last-last Cik Sue pesan kat adik yang kerja Aeon suh tengokkan periuk nasi biasa yang murah-murah cukup tuk makan 3 beranak,kebetulan ada sale dapat la periuk kecik RM50 je,Alhamdulillah sangat,tak larat dah nak membuang nasi yang di masak tak sempat makan dah basi.


Haaa periuk ni la adik belikan,syukur sangat guna periuk ni tak basi pula.Cik Sue suka masak nasi tengahari banyak untuk makan sampai malam terus,malas 2 3 kali kerja.Ahamdulillah kekadang sampai esok pun tak basi lagi.

Cik Sue tak tahu jugak sebenarnya nak kata sebab jenis periu ke yang utama atau Cik Sue tak tahu cara pakai periuk yang buat nasi jadi basi tu,tapi bila di tukar periuk ada perubahan ketara sangat.

Korang pernah kena tak macam ni?


7 comments

  1. Kak Sue pernah guna dua-dua periuk tapi rasa macam okay ja dedua.. Cuma sekarang kami pakai periuk yang nombor dua dalam gambar sebab periuk yang lagi satu tu bawah dia macam suka terbakar. Jadi kerepot dan cair.. bahaya kan. Baik tukar.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. periuk yg pertama tu betoi kami pun penah jadi nasi basi. lepas tukar periuk, alhamdulillah nasi dah tak basi dah :D

    ReplyDelete
  3. Ya sue kakya tgh alamai sekarang ni hahaha. Hadoii laaa sebab periuk gak. Periuk nasi rosak jadi pkai periuk biasa jer masak atas dapur gas. Cepat no basinya Sue oii .. Ak.g beki puyuk baru takdak masa nak survey lagi .. skarang ni byk beno koje en suami.takdan nak g survey puyuk.

    Sayang kan sue nasi tanak elok2 basi. Rtu kan sue kan masa kakya tgk nasi basi kakya ada baca la org kongsi klau nasi kat periuk selalu sgt basi tandanya gangguan jin atau terkena sihir huhuhuhu cuak la jugak kakya sue oiii .. Tapi bila fikir balik maybe sebab puyuk nasi laa macam sama terjadi kat sue ni. Haduii nak g carik puyuk weyhhh sayang nasi tohok buang sajer.

    ReplyDelete
  4. IQ macam ok jer pakai dua2 jenis periuk ni, cuma mungkin tak perlu off plug, biar keep warm jer...kalau tak, memang cepat basi...IQ biarkan keep warm, sbb bila baru2 masak, nasi tak kering betul2 lagi, kalau off plug awal2 , air nasi mungkin jadi mcm kak sue jugak

    ReplyDelete
  5. ROku is the kind of network that will always entertaining. for more about Roku visit the below link
    Roku.com/link

    ReplyDelete
  6. Kat rumah pun ada jugak jenis periuk elektrik cepat basi nasi. Taktahu lah, sebelum ni guna periuk elektrik lain okay je elok takde basi nasi. Mungkin sebab jenis periuk kot

    ReplyDelete
  7. fiza pakai periuk macam tu la kak, betul nasi mudah basi.huhuh nak kene fikir beli yang penutup senang basuh

    ReplyDelete