Selamat Datang 2020


Assalamualaikum semua,fuhhhh dah hari ke 13 tahun 2020 baru ada masa nak menyapu habuk di blog ni huhuuu,apa laaaaa yang di sibukkan sangat seketul Cik Sue tu kan,hurmmmm penghujung 2019 yang sibuk dengan urusan keluarga,kesihatan dan mood yang tak menentu pun penyumbang jugak tu.

Akhir 2019 banyak juga benda sedih terjadi,ma jatuh kat kebun belakang rumah sampai terhentak tulang rusuk nasib baiklah takde apa-apa yang serius apatah atau retak.Cik Sue terus ajak adik balik kampung ambil ma abah datag sini bawa pergi urut.Alhamdulillah sekarang dah beransur baik,tu pun dok larang lagi dia buat kerja berat.

Di kejutkan juga dengan pemergian rakan blogger yanga gak rapat iaitu arwah Abang Korie,terkejut sangat sebab baru lepas beberapa hari dok wasap dan berborak dengan dia.Ajal maut tak mengira umur dan waktukan,bila sampai masa Allah jemput tak kan tertangguh lagi.

Harapan 2020

Tak de azam dan pengharapan khusus tahun ni,pastinya inginkan segalanya yang baik-baik dan di mudahkan segala urusan dalam hidup.Tak kisahlah dari segi kewangan,hubungan kekeluargaan,kesempatan dan pengurusan waktu,kesihatan diri dan keluarga serta kualiti ibadah.

Ye,selari pertambahan umur ni kerap terfikir tentang kualiti ibadah diri sendiri,tambahan bila orang-orang terdekat mula  di panggil mengadap yang Maha Esa ,terasa kerdilnya diri,layakkah aku nak mengadapNya ni,cukup dah ke segala amal ku? ternangis sendiri kekadang menyesali dosa-dosa silam,moga Allah ampunkan.

Umur pun sudah menghampiri ke angka 40,jadi orientasi kehidupan pun sudah menghala ke persediaan hari tua,risau juga sebab dunia dan akhirat pun sama-sama masih terkontang-kanting lagi,Allahuuuuu....semoga Allah permudahkan jalan tuk Cik Sue dan rakan-rakan sekalian.

Apa yang penting,apa pun kita lakukan,apa saja lah,kerja,media sosial,percakapan ,tindakan seharian semoga kita fikir dulu apa Allah akan balas atas tindakan kita tu,atas respon kita ,atas tulisan kita,atas apa saja tingkah laku kita.Insya Allah,orang lain takkan mampu ubah selain kita sendiri,ye mendidik hati itu tidak mudah,tapi Insya Allah di permudahkan jika kita mahu.Jom kita,sama-sama didik hati.

Cik Sue mendoakan yang terbaik untuk semua.

7 comments

  1. lewat wish.. masuk duo minggu doh ni wawase 2020

    ReplyDelete
  2. 2020, selamat maju jaya sue dalam arena blogging, famili dan apa sahaja bidang sue buat mulakan dengan senyuman. Bagi yang pergi, kita selalu2 sedekah Alfatihah padanya, yang masih terus berjuang kita sama-sama tingkatkan amalan.

    Take care sue.

    ReplyDelete
  3. selamat tahun 2020 cik su.. sedih pulak baca pasal mak cik sue jatuh tu. Semoga tahun ni cik sue murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat

    ReplyDelete
  4. selamat tahun baru kak sue..semoga sentiasa bersmenagta..semoga tahun ni tahun yang ceria..hehe

    ReplyDelete
  5. may 2020 be a better year for all of us. aamiin.

    ReplyDelete
  6. Selamat tahun baru Sue.. semoga semuanya baik-baik aja untuk kita semua tahun nie ya.. aamiin..

    ReplyDelete