Akhirnya laptopku dah boleh "berjalan"

Alhamdulillahhh,selepas bertahun-tahun laptop ku bergantung hidup dengan extension dan plug ke soket je, akhirnya dah boleh bawa merata tanpa berbelit dengan kabel dah hahhaha.Selepas kena bebel ngan Mr D tak boleh nak bawa laptop nak buat kerja dalam bilik yang jauh dari soket,Cik Sue usha la slow-slow kat shopee kot ada orang jual,tapiiiii masalah juga Cik Sue ni tak suka beli benda-benda gajet gini dalam online,henpon ke,laptop ke sanggup pegi kedai.Sejenis yang takut kena tipu hahahha,yo laaa den ni bukan banyak duit eh haaaaa.Kalau setakat beli barang rumah ok lagi la,dan barang-barang bawah RM50.



Belek punya skroll jumpa la shopee selelr ni ,Cik Sue siap belek shop dia,terus chat tanya rupanya kedai komputer dekat Jinjang Kuala Lumpur,eh sebenarnya dok usha dan chat dari sebelum PKP COVID19 FASA 1 lagi,tapi fasa 2 baru berani order hahahha,siap yang jawab chat tu kata kalau tak sure boleh datang kedai sendiri,errr memang tak la nak gi kl semata nak cari bateri laptop.Kalau zaman Mr D keje KLCC dulu boleh gak mintak tolong,sekarang idok lerrr dah kerja area Putrajaya je.

Setelah di timbang tara dan fikir semasak,serentungnya dengan lafaz bismillah Cik Sue order je la hahahhah.Alhamdulilllahhhh syukur selepas 3 hari,sampai depan pintu,berdebar jugak ni risau tak ngam ,sebab beli ni bukan bateri ori pun,klon gred AA je katanya.


Dannnn hoyeahhhh ngammm,cuma bentuk dia lain sikit dari yang asal original kat laptop,ada bonggol la pulak eh tak kisah la asalkan berfungsi dengan baik kan? Korang tau tak kenapa bateri asal laptop Cik Sue tu rosak? Sebab tak pandai jaga,masa beli jarang guna bateri,gula plug je,pastu masa guna plug bateri tak cabut,bila masa nak guna bateri ,rupanya dah kong huhuuu.

bateri asal laptop

Sebenarnya macam mana nak jaga bateri laptop ye? Cik Sue pun baru sekarang la nak ambil berat semua ni sebab sekarang dah mula rasa susah nak bawa laptop ke sana sini bila tak de soket nak plugkan huhuu nak buat kerja santai-santai depan tv pun susah.

Tips Penjagaan Bateri Laptop : 


1. CHARGE BATERI ATAU LAPTOP BARU TERLEBIH DAHULU

Penjagaan bateri laptop bermula sejak anda mula membeli bateri itu lagi, sama ada ketika membeli laptop baru ataupun ketika membeli bateri baru sebagai menggantikan bateri yang sudah rosak .

Biasanya kalau anda pergi ke kedai mesti orang kedai akan cakap “ laptop ni atau bateri laptop ni kena kasi charge dulu 8jam jangan guna dulu” perkataan macam ini lah yang selalu keluar dari mulut mereka.

Ramai diantara kita mengabaikannya sebab tidak sabar nak guna benda baru. Sama seperti handphone, bateri laptop juga perlu di cas sekurangnya 8jam untuk pertama kali sebelum digunakan.

2. OVERCHARGING

Elakkan terlebih cas (overcharging), ini kerana ia boleh menyebabkan kepanasan dan mengurangkan kualiti bateri. Cabut charger apabila indicator sudah menunjukkan bateri sudah 90%-100% penuh (fully charged)

3. JANGAN CABUT BATERI SESUKA HATI

Jangan cabut bateri ketika bateri sedang cas atau sedang menggunakan kuasa bateri. Kalau mahu cabut bateri pastikan laptop dalam keadaan shutdown (bukan sleep atau hibernate) atau cabut charger.

4. JANGAN BERMAIN DI ATAS PERMUKAAN FABRIK

Jangan menggunakan laptop diatas permukaan fabrik seperti tilam, bantal, selimut dan sebagainya adalah tidak baik untuk bateri dan laptop anda. Ini kerana kepanasan yang melampau boleh menyebabkan bateri anda untuk lebih cepat rosak dan laptop anda.

5. JANGAN BIARKAN BATERI ANDA 0% ATAU 100% JIKA DITANGGALKAN

Sekiranya anda tidak mahu menggunakan bateri untuk lebih dari 1 minggu, pastikan anda menyimpan sekurang kurangnya 50% kuasa dalam bateri itu. Jika anda tinggalkan dengan kuasa yang penuh (100%), bateri akan kembang dan tidak dapat menyimpan banyak kuasa. Jika anda tidak menyimpan kuasa langsung (0%), di khuatiri bateri tidak boleh dicas semula.

6. JANGAN TERLALU KERAP CHARGE BATERI

Elakkan dari selalu mengecas bateri. Setiap bateri laptop mempunyai jangka hayat lebih kurang 300-500 kitaran (cycle) cas. Bila anda menggunakan kuasa bateri penuh (100%) sehingga habis (10%) dan kemudian cas sehingga indicator menunjukkan bateri sudah penuh atau fully charged 100% di kira 1 kitaran (cycle) cas.

Anda dinasihatkan jangan menggunakan kuasa bateri sehingga habis sepenuhnya 0%. Tinggalkan sekurang-kurangnya 10% dari kuasa yang ada. Adalah lebih baik jika anda menggunakan bateri sehingga habis (10%) dan cas sampai penuh (fully charged 100%).

Ini dikira 1 kitaran (cycle) dari anda menggunakan bateri 50% dan cas balik, ini juga dikira 1 kitaran (cycle).

7. ELAK DARI PERSEKITARAN YANG PANAS


Bercakap suhu, pastikan anda tidak meninggalkan laptop atau bateri anda di dalam kereta yang panas sepanjang hari. Atau meletakannya diatas permukaan yang panas seperti desktop.


Haaaaa pengajaran untuk diri sendiri la ni,lain kali pakai barang kena pandai jaga,dah la dapat laki jenis cermat jaga barang,jenuh oiii kena bebel,padan mukaku hahahha....Semoga bateri kali ni tahan lama hendaknya.Yeayyyy dah boleh bawa laptop atas katil dan dalam bilik yang ada ekon layan movie hahahhaha

1 comment

  1. Alhamdulillah
    Masalah bateri memanglah kena atasi untuk memudahkan kerja2

    ReplyDelete