Mee Kuah Kelantan : Jujur aku rindu

Sejak-sejak kahwin dan ada anak ,ini paling lama tempoh Cik Sue tak balik jumpa ma abah,last balik kenduri sepupu kahwin bulan 8 tahun 2019,nak masuk 10 bulan dah pun,agak lama bagi Cik Sue tau,selalunya selang 3 bulan atau 4 bulan sekali akan balik jenguk abah ma,walau tak de apa-apa keraian atau kenduri.Haihhh tak tahu nak describe rasa dalam hati macam mana,kalau telefon ma abah ajwapan tu memang la sihat saja tapi tau la kan orang tua ni tak nak anak-anak risau,selang sehari Cik Sue memang telefon tapi tu la tak nampak depan mata,hati tak tenang,cuma mampu titipkan doa dan harapan pada Yang Esa untuk jagakan mereka.Okey,lap air mata huhuuu,segan kang Mr D tengok nangis-nangis bagai,hahaha....mana boleh tunjuk kat dia hati tisu heheeh padahal dia pun sama dok sedih tak leh balik puasa ngan mak,anak bongsu weh manja lain macam hahahah semoga dia tak baca.

Antara yang kita rindukan bulan puasa ni tentulah air tangan mak sendiri kan,rindu menu-menu istimewa bulan puasa je mak selalu buat,sama la Cik Sue pun tetiba 2 hari lepas teringat zaman-zaman kecil kat berek KTM,bulan puasa tuk berbuka makan mee kuah style Kelantan,ma buatkan,mewah dah bagi kami waktu tu sebab kami tinggal jauh ke  hulu pahang yang susah nak dapat lauk pauk macam ayam bandar,sotong udang ikan laut semua,paling mewah pun abah sembelih ayam peliharaan sendiri,daging pulak bila ada orang sembelih lembu dan jual ,merasa la.Tapi sayur-sayur memang jarang membeli,selalunya petik je keliling rumah atau arwah mek (nenek) selalu hantar sebab dia tanam sayur banyak.

Ma selalu buat mee kuah letak daging sotong dan udang kalau ada stok,berbuka makan mengadap adik beradik kena pulak dengan sirap selasih fuhhhh memang nostalgia betul bagi kami.Makan berebut,kecohnya tu menjadi kenangan sampai hari ni,Allahhh rindunya,moga ma abah adik beradik di beri kesihatan yang baik dan di lindungi selalu.

Jom tengok resepinya tapi ni style ma Cik Sue la,boleh di olah ikut citarasa masing-masing ye :


Mee Kuah Kelantan

Bahan tumbuk : (tak perlu lumat) 
Bawang merah
Bawang putih
Halia

Bahan 
Mee kuning
Daging hiris nipis
Fishball
Sawi
Cili merah hiris
Tomato belah 4 
Rempah tumis (kulit kayu manis,pelaga,cengkih) 
Serbuk lada putih (1/2 sudu kecil)
Serbuk lada hitam (1/2 sudu kecil)
garam

Cara

-Tumis bahan blend dengan rempah tumis,agak wangi masukkan daging,masukkan air.
-Biar didih dan daging empuk.
-Masukkan serbuk lada hitam dan putih,garam,kacau sebati.
-Masukkan sawi,cili hiris,fishball,imbangkan rasa.
-Letakkan mee kuning(bilas dan toskan)  dalam mangkuk,siram dengan kuah tadi,tabur bawang   goreng,perah limau nipis,buh kicap dan sos cili skit,kalau suka bleh tabur cili api potong.



Alhamdulillahhh menjadi dan Mr D kata sedap,lain kali boleh buat lagi ni.Bulan puasa ni boleh la buat lagi tuk buka puasa lak.Selamat berpuasa korang,semoga kita istiqamah menumpukan kepada ibadah di bulan puasa dalam tempoh PKP ni,maklumlah nak sibukkan persiapan raya pun dah tak de mood kan,nak kecoh-kecoh baik berbuka dengan keluarga kat kampung pun tak  boleh juga,inilah himahnya kita sama-sama merebut peluang beribadat sebanyak mungkin.Selamat Menyambut Ramadhan 1441H semua.





2 comments

  1. tu lah tu.. benda paling rindu time puasa memang mak ayah.. doakan mereka baik baik dan sihat selalu hendaknya.. habis PKP kita beramai-ramai balik kampung ya..

    ReplyDelete
  2. setiap negeri mee rebus lain-lain.

    macam penang ni mee rebus kuah dia kemerahan kalau mamak buat.

    di kuala terengganu sama macam diatas

    ReplyDelete