Resepi Ayam Penyet Mudah versi Dapurciksue

Resepi ni Cik Sue buat sebelum perintah kawalan pergerakan Covid19 lagi ,saja nak try buat sendiri,nak gi kedai malas,tak de geng hehehe si bongsu keje tak de cuti ,tak de gneg nak kuar makan-makan masa tu la.So Cik Sue simpan sini la resepinya senang nak tengok semula nanti :


Nampak agak renyah tapi tak de la leceh sangat pun,nasi tu Cik Sue masak buh daun pandan je,tanak je macam biasa.Tapi kata orang kalau kukus lagi sedap,ha lebih lembut la kot kan,jenis beras pun main peranan juga.Tapi nak masak kat rumah guna la apa yang ada.


Tempe dan Tauhu Goreng.

Bahan
Tempe potong ikut suka
Tauhu potong ikut suka
Tepung Bistari spicy
secubit serbuk kunyit
secubit garam
air

Cara:
Bancuh tepung bistari dengan air kunyit dan garam,celup tauhu dan tempe,goreng hingga masak dan garing,toskan.


Ayam Penyet


Bahan :
Ayam
Rebus dengan
Halia ketuk
Kunyit hidup ketuk
Daun bay /pandan
Bawang merah hiris
Bawang putih hiris
Sup Bunjut
Air
(tak perlu tumis,rebus je semua dalam periuk) 
Dah masak ,toskan ayam simpan air rebusan kalau nak buat sup.

Bahan perap
Sangai (goreng tanpa minyak)
Jintan manis
Jintan putih
Ketumbar
Lada putih
Blend kering bahan sangai

Cara: 
Gaulkan dengan serbuk kunyit,serbuk kari ayam dan garam.
Perap minimum 2 jam dan gorengkan dgn api perlahan bagi garing.
Hidangkan dengan serbuk rempahnya.
Kalau nak ala-ala kedai korang hempuk je ayam tu dengan alu lesung baru la jadi penyet,cik sue tu dah malas biar je cenggitu heheheh





Bahan:
8 biji Cili api
3 Cili besar merah atau hijau
4 Bawang merah
2 Bawang putih 
1/2 sudu belacan
2 biji tomato
garam dan gula

Cara: 
Goreng semua bahan kecuali garam n gula sampai layu,toskan dan tumbuk ,tak lumat pun tak pe,nak blend pun boleh tapi jgn blend hancur lumat.
Masukkan dalam kuali semula tumis sampai pecah minyak dan perasakan dengan garam dan gula.

Sambal kicap tu masukkan je sambal cili dalam kicap manis ABC dan gaul.


Dahhhhh,itu je,senang je,dah siap semua hidang la dengan sayur kobis,tomato dan timun,kalau ada salad pun ok gak,senang je sebenarnya tapi tak dapat la tandingi Nasi Penyet Wong Solo feveret Cik Sue tu hehehehhe setakat nak makan kat rumah lulus dah ni.

Selamat mencuba.








Post a Comment

9 Comments

  1. sedap ohh..bila la nak jd jiran cik sue ni?haha

    ReplyDelete
  2. Waaa Sis tak pernah lagi buat Nasi Ayam Penyet ni tau, takut tak jadi..hehehehe sambal ko nampak sedap ar...nanti nak cuba gak lerr...

    ReplyDelete
  3. Cik Sue, tak berapa faham. Kiranya ayam tu kita rebus dulu dengan list bahan-bahan bawah ayam tu. Pastu baru perap then goreng lah ye? Macam tu maksudnya kan. Sebab saya tak pernah masak ayam penyet ni. Ingatkan perap terus goreng

    ReplyDelete
  4. nak try nextime buat ayam penyet sendiri. dah bookmark siap2 resepi ni.
    thank you share resepi.

    ReplyDelete
  5. la, mudah rupanya nak buat. ingat susah.. ha, boleh la try nanti.. hehe

    ReplyDelete
  6. pndainya buat ayam penyet..saya kalau nak makan nasi ayam penyet, bli kedai jea..huhu

    ReplyDelete