Resepi Puding Milo Oreo

Yeayyyyy,akhirnya Cik Sue dah pandai buat menu pencuci mulut jenis puding atau agar-agar,tau tak sebelum-sebelum ni kalau buat,keras la,terlebih air la adaaaa je tak kena.Alhamdulillah kali ni menjadi pulak,sebab tu orang kata practice make perfect kan hahahaha.Rasa nak lompat bintang je kat dapur ngeeee.Senang je sebenarnya Cik Sue je yang benak sikit kekadang,oppsss kekadang je eh hahahah.

Dan syukur Mr D pun makan habis tau ,katanya ngam-ngam tak manis sangat,siap kata boleh jual hahahah propa je mamat ni.Jom tengok resepi mudah ni,of coz la hasil google tapi Cik Sue ejas ikut tekak sendiri.


Bahan :

1 tin susu cair
4 cawan air
1 cawan gula
Segenggam agar-agar bertali
Biskut oreo agak-agak ikut saiz bekas korang
2 senduk nasi-milo 


Cara :
Masukkan agar-agar dalam air didihkan sampai agar-agar larut dan hancur semua ye.
Masukkan gula kacau sampai larut dan masukkan susu cair,kacau sebati.
Bahagi dua adunan tadi,satu adunan masukkan milo kacau sampai larut dan tak berketul ye.
Sediakan bekas,masukkan adunan milo 3/4 bekas dan sejukkan (cik sue masukkan kat tempat sejuk beku peti ais dala 10 minit) yang baki dalam periuk tu biar didih dengan api paling kecik ye supaya tak beku lak.
Ok dah beku adunan yg di sejukkan tadi keluarkan cucuk2 skit dengan garfu atau cakar-cakar skit,pastu masukkan adunan putih (susu) tadi,susun biskut oreo dalam adunan putih tu,rendam pun tak pe ikut suka.Sejukkan macam proses tadi juga.
Dah agak beku keluarkan dan cakar-cakar lagi macam td pastu tuang baki adunan milo,sejukkan (ni dah boleh letak ruang sayr dalam peti ais tu ye)
Sedap oiii makan time cuaca panas2 ni....try la alaaa korang mesti lagi terer kan,,,,


Pasni nak buat triffle la pulak ehehhehe mula la tu berangan kikiki,memasak kan seni kreatif,so be kreatif guyssss....





2 comments

  1. cantic acuan dia tuhh..rajin sungguh buatnyaa… kena tanya orang kat rumah ni makan ke tidak.. kalua nak makan...kita ikut resepi nilah..

    ReplyDelete
  2. cantiknya puding..rasa pun cantik jugakkan

    ReplyDelete