Terbaru dari Mcdonalds : Blueberry Cream Cheese Pie & Blueberry Sundae Pasti Memikat Selera.


Blueberry Cream Cheese Pie & Blueberry Sundae Are McDonalds New Sensation!

Kini, McDonald’s telahpun menambah hidangan baru yang pasti akan membuatkan anda terliur sebaik saja anda semua melihatnya. Dua menu baru yang muncul di McDonald’s ini diberi nama Blueberry Cream Cheese Pie dan Blueberry Sundae. 

Sebenarnya menu Blueberry Cream Cheese Pie dan Blueberry Sundae ini pernah muncul di dalam senarai menu McDonald’s sebelum ini. Untuk para peminat pencuci mulut dan dessert, ini semestinya merupakan satu berita baik buat anda.

Blueberry Cream Cheese Pie Is Really Awesome!

Gabungan kelazatan buah blueberry bersama Cream Cheese sememangnya sangat padu hingga timbul rasa sedap agak yang sukar untuk digambarkan. Teksturnya yang lembut di dalam tetapi rangup di luar menjadikan pie ini semakin seronok untuk dinikmati.


Rasanya yang masam manis dan berlemak yang sememangnya menyelerakan. Dan ya benar. Blueberry Cream Cheese Pie ini menjanjikan rasa yang masam manis buah blueberry bersama rasa lemak cream cheese yang lengkap dan seimbang dalam sebiji pie ini. 


Warna Blueberry Cream Cheese Pie ini pula sememangnya akan menarik perhatian ramai orang, kerana apabila di gigit luaran pie tersebut, akan meleleh keluar warna putih dan ungu yang sebelah menyebelah. Sudah tentu bukan orang dewasa sahaja yang akan menikmati menu ini, tetapi kanak-kanak juga akan sukakannya.


Cuba anda bayangkan, walaupun blueberry dan cheese cream yang digunakan sebagai bahan utama, namun harga yang ditawarkan hanyalah sebanyak RM4.25 saja. Murah kan? Jangan terkejut kerana harga untuk sebiji Blueberry Cream Cheese Pie ini sememangnya murah dan berpatutan. 

Jadi, tiada sebab untuk anda semua tidak membelinya dengan alasan yang harganya mahal dan sebagainya. Pie baru ini sememangnya memenuhi kehendak ramai peminat pie yang berada di luar sana. Dengan menggunakan blueberry sebagai bahan utama membuatkannya menjadi satu kolaborasi yang sangat mengagumkan.


Jangan Lupa Untuk Mencuba Blueberry Sundae Juga 


Jika ada di antara anda semua yang sedang membaca sekarang kurang berminat dengan menu pie, anda semua boleh cuba sundae yang baru ini sebagai menu pencuci mulut anda. Dengar saja sudah buat kita terliur apatah lagi apabila ianya didatangkan bersama cream yang sangat lembut dan gebu. 


Harganya pun sangatlah berpatutan iaitu hanya RM5.19. Jadi, cepat-cepatlah dapatkannya di cawangan McDonald’s yang berdekatan dengan anda. Sama juga seperti pie tadi, ia juga dihasilkan dengan menggunakan blueberry yang segar sebagai salah satu bahan utama. 





Tak kira apa saja jenis makanan yang dikeluarkan oleh syarikat makanan segera yang terkenal ini, ianya pasti akan membuatkan para pelanggannya teruja. McDonald’s ternyata memang bijak dalam mencipta menu-menu baru yang menarik demi untuk memuaskan hati para pelanggan yang sentiasa setia dengan mereka. 


Ini baru contoh untuk dua hidangan baru yang telah ditambah ke dalam menu McDonald’s. Belum lagi bercerita tentang menu tetap yang sedap sedapa belaka tu. 

Stay At Home Dan Gunakan Contactless Delivery Untuk Pesanan



Dalam tempoh berkurung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, anda semua tidak perlulah nak keluar rumah tanpa urusan yang penting. Bukan disebabkan arahan kerajaan semata-mata tetapi juga untuk keselamatan diri bersama. 


Jika hati rasa nak nikmati menu hidangan McDonald’s yang ada, boleh saja pesan dengan cara atas talian. Salah satu pihak yang boleh membantu menghantar pesanan McDonald’s adalah Foodpanda Malaysia. 


Foodpanda sedia memberikan perkhidmatan penghantaran pada masa yang telah ditetapkan dan yang perlu anda buat hanyalah membuat tempahan di lamanweb Foodpanda. Bermacam pilihan menu ada di sana dan salah satu daripadanya sudah tentulah McDonald’s ini sendiri. 



Servis Foodpanda begini memang sangat bagus kerana kita semua tak perlu lagi nak risikokan diri sendiri untuk keluar dari keluar rumah, dengan nak berdepan sekatan jalan dan sebagainya lagi. Buat apa nak susah payah ke sana sini sedangkan menu McDonald’s boleh datang sendiri sehingga ke depan pintu dengan lebih mudah dan cepat berbanding dengan perlu membelinya secara terus sendiri. 

Pasukan Fast food delivery Malaysia by Foodpanda sedia untuk berkhidmat dalam menguruskan perkhidmatan menu makanan pilihan anda. Nak makan ayam goreng McD? Nak makan GCB? Nak makan Big Mac? Hmmm sedap sedap belaka dan jangan lupa untuk mencuba Blueberry Cream Cheese Pie & Blueberry Sundae juga. 

Sedapnya! Dah mula terbayang menu-menu McDonald’s. Dah mula juga terasa lapar dengan bayangan bau menu mereka. Sesekali berubah selera makan apa salahnya. Hari-hari asyik hadap nasi berlauk jer boring juga. 

Jom! Kita order Mc’Donalds dengan bantuan Foodpanda. 

3 comments

  1. oh really blueberry is back? nk kena order ni

    ReplyDelete
  2. blueberry cream cheese pie tu rmi ckp sedap tp skarang ada strawberry custard pie...

    ReplyDelete
  3. selalu beli happymeals shj..anak nak toys :-)

    ReplyDelete