Apa Kata Al-Quran Tentang Usia Kita


Kata para cendiakawan,jika mencecah umur 40an tapi belum merubah sikap dan perangai buruk ,kelak memang agak susah dah nak di didik tabiat baik dan insaf dengan segala perangai buruk,wallahualam la betul ke takkan,tapi ada je yang dah 50an insaf dan bertaubat,kan hidayah Allah tak mengenal usia,malah bila usia hampir ke hujung nyawa pun bila kita bertaubat nasuha Allah tetap juga menerima ,kan Dia Maha Pengasih dan Penyayang.Jangan putus asa ye mencari keredhaan dariNya.

Dah kenapa Cik Sue membebel pasal ni pulak,entah la...akhir-akhir ni macam-macam hal berlaku di depan mata,insaf rasa diri.Kekadang mengalir air mata mengenangkan insan-insan tersayang yang di uji dalam hidup,melihat penderitaan ,kekusutan di depan mata,Allahuakbarrrr besarnya rahmat Allah yang menguasai seluruh alam,yang mengatur segala jalan hidup kita ni.

Di uji di usia tua bukan sekadar ujian fizikal yang lemah semata,bukan sekadar tulang reput,rambut beruban atau gigi yang makin kurang sahaja,tapi ujian jiwa bila mana jauh dengan kasih sayang Allah malah tidak memikirkan untuk berubah membuat persediaan menuju alam abadi kelak.

Ada yang Allah tunjukkan pembalasan atas segala perlakuan tidak baik yang di buat di usia muda atau di kala masih sihat,di dunia pun dah di tunjuk segala balasan dan murka Allah tu ,dan segala yang berlaku adalah akibat tidak menjaga hubungan sesama manusia.

Yang memperlakukan ibu bapa,mertua dengan sikap biadap,dia buka aib oleh Allah akibat derhaka kepada suami,akibat memperlakukan isteri dengan tidak sepatutnya,Allahhhuakbar,jatuh air mata ni.
Itulah membuatkan Cik Sue terfikir andai kita tidak perbaiki segalanya amal ibadat hubungan dengan manusia hubungan dengan Allah,apa je yang kita nak bawa ke sana nanti,Yang paling takut andai Allah membalas ,menghukum dan membuka segala aib di atas dunia lagi....mintak di jauhkan.

Bila melihat segala yang terjadi di depan mata,rasa nak minta maaf dan ampun dengan seluruh dunia atas segala salah silap,tapi tu la yang hidup masih bernayawa boleh la mintak maaf,yang dah meninggalkan dunia fana ni?

Wahai kawan sekelian andai ada dosa Cik Sue dengan korang,ampunkan diri ini ye,sesungguhnya diri ini hanya hamba yang lemah yang tak lepas dari khilaf.

Sekian luahan hati....tak boleh simpan huhuuu.

p/s :
Semoga kita semua di kurniakan ketenangan jiwa di usia tua nanti,hidup dengan aman menambah ibadah sebagai bekalan.Aminnnn....


No comments