Diy Laki Bini : Bangku Rak Kasut

Orang lain berjalan bercuti kemain kan weekend panjang katanya,Cik Sue? laki den kojo wehh huhuuuu melangut la kat rumah,tak pe la bagi peluang yang anak sekolah tu bercuti ,kita anak tak sekolah lagi time budak sekolah pun boleh bercuti ,tak gitu hahahahha.

Mr D cuti sehari khamis baru ni sempena 1 Muharam ,memula tanya gak nak ke mana-mana ke,jenjalan mall ke cuci mata,dia kata tak de,Cik Sue pulak malas nak ke tempat ramai orang,mood maas nak kontrol anak musim-musim covid ni huhuuu,jadinya kebetulan gergaji yang order kat Shopee dah sampai marilah teruskan projek terbengkalai.


Link Shopee Klik SINI 


Oh ya ,gergaji ni kena attach dengan cordless untuk guna,datang dengan mata gergaji tuk kayu,kalau tuk besi atau plastik maybe kena beli mata lain la kot,tak pasti pulak.Jadi tiba masa tuk rasmikan,attachkan dengan cordless Mr D tapi kurang power la pulak macam segan-segan je nak potong kayu,sekali Mr D keluarkan drill dinidngnya attachkan,nasib baik jugak boleh ngam dan Alhamdulillahhh setakat kayu 2 inci x 4 inci tu senyum je,Cik Sue yang perempuan ni pun senang nak guna,cuma kena pandai pegang la kang bergegar bergoyang lak,rasanya lagi ok kalau ada apit G yang boleh kepitkan kayu yang nak di potong tu,tak de la bergegar.



Kami ada 3 set kayu palet yang Mr D kutip kat opis dia,yang dah di buang ye,belek punya belek satu je yang kayu masih cantik,yang lain dah agak reput dan buruk,kebetulan paginya Cik Sue ke hardware cari tukul,beli juga sikit kayu 1 inci x 2 inci kot nak guna,dan rupanya memang berguna heheehhe.

First thing,kena leraikan dulu palet yang berpaku ni,guna tukul so kena ceraikan sekeping-sekeping.
Mana yang pecah tu buang la atau potong amik yang mana boleh je.Sementara Mr D buat semua tu,Cik Sue buat lakaran dulu nak yang macam mana nanti siap dengan ukuran semua.Lepas tu bagitahu Mr D panjang mana nak kena potong dan berapa batang semua,dia setelkan heheheh Cik Sue tolong la jugak yang ringan-ringan.


Kami start lepas solat Asar dan Alhamdulillah azan Maghrib dah setel,agak kukuh jugak la binaannya sebab tebal juga kayu palet yang Cik Sue guna buat tiang tu,so kalau di pijak dan duduk tak goyang la.





Alhamdulillahhh walaupun simple je tapi sebab usahasama laki bini ,benda ni jadi bermakna tau dan ada kenangan ,gitttuuuu hahahhaha,dannnn puas hati sebab kukuh,kalau banjir lagi dan terendam air tak de la hancur macam rak habuk kayu sebelum ni huhuuu.Cik Sue memang designkan supaya boleh duduk kat atasnya sebab senang Humaira nak pakai kasut dan Mr D nak rest balik kerja kalau lambat buka pintu hahahha dannnn senang delivery barang nak letak barang kalau kami tak de kat rumah hehehhe.



Ikut plan tempat duduk tu nak lapik span n balut dengan kain atau plastik,Mr D tak bagi kang kena kencing dek kucing huhuuu,so ingat nak balut n stapler gun dengan tikar getah je supaya kalau orang datang duduk tak rosak baju kena selumbar kayu tu dannnn Cik Sue plan nak cat putih,agak-agak ok tak?

Terima kasih Mr D tolong buat yang berat-berat,potong kayu,bukakkan paku palet bagai,dan buatkan rangka,yang tempat duduk dan lapik bawah tu Cik Sue buatkan sendiri tau ....
Cik Sue suka benda-benda gini ,bukan memasak je tau ai suka hahhaha...
Amacam ok tak? tak mahal tapi kukuh dan puas hati .
Nanti nak plan buat rak tv plak hahahhah ......

p/s:
Kekadang benda kecil pun dah boleh happykan diri ,bahagiakan diri kan,
Cari bahagia masing-masing selagi tak bercanggah hukum Allah.

9 comments

  1. Wah... Bestnya. Seronok dikenang sambil duduk-duduk kat bangku tu kann?
    Kasi varnish, cat lawa ni

    ReplyDelete
  2. cantik kaksue kalau cat putih, ala-ala ikea gitu. okay tlg buat almari satu :p

    ReplyDelete
  3. cantik kak sue. boleh furnishing haluskan pallet tu guna kertas pasir...x balut pun okey mmg design pallet gitu lawa dh

    ReplyDelete
  4. Wah rajin sungguh.. Cntik.. Yes kaau cat lagi lawa..

    ReplyDelete
  5. Kreatif. Cat lah kak sue atau sapu yang macam minyak oren tu. Lupa apa nama dia.

    ReplyDelete
  6. wah cantik bangku rak kasut kak. terbaik semua. :D

    ReplyDelete