Kafe Kleptokrat : nak makan ke nak posing?

Cik Sue ni kalau pergi makan dok tumpu kat makanan je,asal tempat makan atau restoran tu selesa tuk makan dah ok,wellll kat situ pun nampak betapa Cik Sue pentingkan tekak dan perut sahaja ye hahahhaha keje nak melantak je la kan.

Tapi kali ni berbeza sikit,terbuka la sikit minda ,bila kawan-kawan ajak lepak kafe ala-ala hipster baru la nampak bukan perut je nak di puaskan ,mata pun nak selesa juga,ada aktiviti lain boleh di buat selain makan hahahaha.

Kalau korang jenis yang kaki instagrammer,nak posing bergambar tempat cantik dan rare,gambar pula ala-ala model dan di ambil professional haaa meh la lepak makan berfoto-foto di KAFE KLEPTOKRAT di tengah Bandaraya Kuala Lumpur ni.Terletak di Jalan Tun HS Lee ,korang boelh waze atau search sahaja di google maps ,Insya Allah sampai.Kawasan parking berbayar pun banyak je di kawasan sekitar,korang boleh parking dan jalan kaki sikit ke kafe tersebut.





Teruja bergambar

Mula-mula sampai Cik Sue dah teruja depan pintu masuk kafe tu,kat bahagian luar tu pun dah banyak spot tuk korang snap gambar dan berposing tau,belum masuk dalam lagi.Masa kami sampai kebetulan ruang bawah agak penuh mejanya,jadi kami di bawa ke pintu belakang untuk ke ruang makan tingat atas,ada je tangga dari dalam tu tapi macam mengganggu pula orang tengah makan kami ramai-ramai nak lalu situ,lagipun laluan tepi bangunan tu jugak banyak spot-spot tuk bergambar ,haaaa penuh storage handphone masing-masing heheheh.






Memang takkan sekejap punyalah kalau korang datang lepak makan kat sini,kurang-kurang 2-3 jam nak makan lagi nak bergambar lagi kan,haaaa belum yang tak puas hati ngan posing nak bagi nampak kurus lagi (ngata diri sendiri ni hahahhaha) Memang semua spot cantik-cantik dan mesti punya korang nak snap kat situ tau.Humaira pun sama naik oiiii patang nampak ibu posing dia pun siap suruh snap gambar dia tau.






Korang tak perlu risau kafe ni menjaga SOP tau semenjak kes COVID19 tu,check suhu dulu sebelum masuk dsn sanitizer di sediakan,masuk je pintu belakang tu ada tangga untuk naik ke ruangan makan di tingkat 2,Cik Sue terkagum kejap sebab dekorasi dalam memang sempoi dan cun sangat tuk photoshot.Semua sudut rasa nak bergambar hehehe.





Konsep dekorasi dan hiasan lebih kurang macam vintage la,korang nampak macam rumah tak siap tapi bukanlah kotor,bersih tau,tandas ,sinki semua bersih cuma memang paten dekonya begitu baru la cun dan rare nak bergambar haaaa trend kan sekarang.Okey dah naik tangga ke tingkat dua ada ruang makan terbuka dah agak luas,kalau yang bawa anak-anak melasak ha kat sini sesuai jugak lebih lapang.




Paatu korang mesti tercari-cari mana laaa pintu nak masuk ke ruangan makan kat dalam,rupanyaaaaaaa kena masuk dalam almari hahaahah korang tengok gambar Cik Sue kat bawah ni,perasan tak pintu masuk tu macam pintu almari,bila keluar dok bergambar kat bahagian luar tu nak masuk balik dah terpusing-pusing tak perasan pintu hahahha,unik tau.


Masuk je ruangan makan tu,korang akan jumpa kaunter dulu,dan jangan risau tak gelap pun, pencahayaan memang cantik dan sesuai untuk makan,dannnn posing la.Terus feel jadi lain tau masuk ruangan kafe ni,dengan hiasan dekorasi ala-ala klasik dan vintage tu,menggamit memori betul.Eh rupanya ada tangga lagi ke tingkat 3 ada ruangan meja pool pulak untuk santai-santai tapi kami tak lepak la atas,kami lepak makan kat tingkat 2 je,Cik Sue dan kengkawan pilih ruangan tepi tingkap menghadap jalan,ada ruangan 3-4 meja makan cukup la 3 family.










Kebetulan Cik Sue bawa anak saudara jenjalan sempena habis intern,seronok dia bawa lepak sini.Dah dapat tempat duduk kami mula pening kepala nak order makan,bukan apa,penerangan kat menu tu semua sedap-sedap je,dah la ada salmon yang menjadi feveret Cik Sue,eh nama pulak kemain la canggih buat orang kampung cam Cik Sue ni kan hahahhaha (orang kampung pun suka salmon tau hahahhaha)




Menu sedap-sedap.

Pendapat ikhlas dari Cik Sue memang berbaloi makan kat sini,hidangan salmonnya segar weiiii,serius Cik Sue makan sorang je yang dalam set bruch tu,oh ya lupa dah nama menu-menu kami order ni tapi Cik Sue bagi nama sendiri la eh hahahaha lebih kurang la nama dia pun kikiki.


ini chicken pizza yang fiza order tapi kami kongsi jugak makan
sedap,lembut dan terasa fresh isi ayam tu.
Ini Cik Sue order smoke salmon pizza
yang ni la Cik Sue kata sedapppp di tekakku.
eh kita siap tapau tau bawa balik
dan portion dia bukan kecik tau makan 4 orang pun boleh.


yang ni Cik Sue lupa nama dia tapi roti tengahnya di kapitkan dengan isi ayam dan cheese meleleh
sedap jugak di kawankan dengan salad 1 mangkuk.

ni set brunch istimewa kleptokrat
ada ayam rendang,roti yang di baking sendiri,ada butter dan cheese,salad,
telur separuh masak memnag lengkap dan kenyang eh lupa ada hirisan salmon jugak


Tengah makan sampai pulak 2 hiris kek,kafe belanja katanya sempena pembukaan,kalau tak silap Cik Sue satu tu Pistachio Cake ,first time rasa dan sedap rupanya,satu lagi tu kek coklat n cheese dengan buah delima,pun sedap.Eh memang sedaplah menu-menu dia,korang kena rasa tau bukan datang lepak saja.



 Part air pulak canggih gak namanya ,Cik Sue ingat la namanya ,kopi hazelnutnya sedap,menepati citarasa kopi di lidahku ini hehehe...

rise of kleptokrat

dancing on the floor

hazelnut coffee


Lepas dah kenyang perut kami sambung lagi berfoto-foto sampai muak hahahha yang anak-anak pun tak kalahhhhhh tengok mak bapak berposing kan,memang boleh wat koleksik cantikkan feed media sosial ala orang kata ngehhhhngehhh...









 Amacam menarikkan? makan sedap tempat cantik ,boleh lepak bawa family,lokasi pun mudah nak sampai,parking pun ada,memang boleh jadi tempat pilihan la kalau nak meeting santai ke,nak reunion dengan kengkawan ke,nak bincang bisnes ke,meh la datang sini.

Dannnn ada diskaun tau untuk korang 20% sehingga 15 Ogos ,tambah pulak kalau korang snap gambar dan post kat media sosial tag nama kafe dan tunjuk kat kaunter boleh dapat 10% lagi diskaun.
Mudahkan? Oh ya ,mereka juga buat delivery makanan dari kafe ni ke kawasan sekitar seperti Cik Sue nyatakan kat bawah ni ye,kot tak semoat nak datang tapi nak buat candle light dinner ke ngan pasangan,nak buat surprise besday ke tuk suami berdua ke boleh lah order ,eh nak makan saja pun boleh jugak,sila- sila order je,Insya Allah sedap.

Apa-apa korang boleh dapatkan maklumat dan hubungi mereka dengan detail kat bawah ni ye :

Alamat:
Kleptokrat Kafe
18, Jalan Tun H S Lee, City Centre,
50100 Kuala Lumpur.

For delivery:
WhatsApp to +6019-222 0262

FREE DELIVERY


KL Central business district, Bangsar, Sentul, Pudu, Brickfields, Seputeh, Titiwangsa, Ampang Hilir, Damansara Heights & Bukit Tunku.

Facebook: Kafe Kleptokrat
Instagram: cafe_kleptokrat

1 comment

  1. tak sangka kat KL pun ada rustic cafe macam ni, nampak menarik, menu pun best

    ReplyDelete