Kena beli kasut baru gara-gara ke Puchong Sport Centre

Hai semua,habis dah cuti hujung minggu panjang,ye la 3 hari tu panjang la kan ,selalu 2 hari je dok? hehehhe ke mana je korang? ramai juga yang ambil peluang balik kampung,bercuti bersama keluarga tak pun ziarah saudara mara kan.Cik Sue tak ke mana-mana pun memandangkan Cuti Hari Merdeka ,Mr D kerja,jadi dok berlegar sekitar rumah je la,setelkan apa yang patut.

Pagi Sabtu tu kebetulan memang lapang, kekawan KBBA ajak main badminton pula kat Puchong,dah sambil-sambil nak keluar sarapan tu ,ha beriadah la sekali.Fuhhh lama juga tak main badminton ,berhenti sejak pregnant Humaira sekarang dia pun dah 5 tahun phewwww lama betul tapi bukan la tak bersenam langsung,selalu je jogging,zumba bagai hahahah.

Nak gi bersukan kenalah buat persediaan,pakaian yang sesuai dan alatan yang perlu.Sebelum pergi selongkar la bilik belakang aka stor cari raket,sampai sudah tak jumpa,so bawa je la Mr D punya ada satu je,ralat juga rasa sebab ingat-ingat macam ada orang pinjam tapi tak ingat sapa pastu tak tahu dah pulang ke belum ,pastu dah tak ingat letak  mana adoiiiii sabo je la mek sue ni hahhaha,dapat la sebakul bebelan dari Mr D (hobi dia tu) rasa ralat juga tu sebab dekat rm200++ gak harga raket tu,tepuk dahi sendiri huhuu.Pastu cari kasut pula,sib baik boleh pakai lagi,terus masukkan dalam kereta,dan gerak sarapn dulu baru ke sana.

Lokasi yang tak susah pun,waze je Puchong Sport Centre,konpom sampai hehehe,ikut je la waze tu kikiki.Sampai-sampai ehhh dia je seketul bangunan situ ingatkan kawasan perumahan,parking pun senang,lapang je jalan masuk.Tak susah nak cari dari jauh dah nampak.








Dan macam biasa SOP tetap di amalkan ye,check suhu dan tulis nama dan nombor telefon,senang dan trace nanti.Buka je pintu masuk,mak aihhhh banyaknya court ,memang satu bangunan tu semua court badminton ye,besarrrrr khabarnya ada lebh kurang 32 court untuk di sewa.Haaaa sesuaiiii sangat buat tournament atau pertandingan,cukup fasilitisnya.




Kawasan dalamnya selesa,ada kerusi dan meja tempat menunggu,sangat sesuai nak beriadah bawa anak dan keluarga,tandas pun bersih siap boleh mandi lagi tau,ye la kot lepas bersukan nak terus gi dating ke kan hehhehehe.Tak kan nak pergi dengan berpeluh-peluh bagai.Memang selesa sangat kemudahan kat sini.Oh ya,ada kedai peralatan sukan juga,kalau korang nak ketatkan tali raket,nak pasang tali atau nak beli kasut,raket dan shuttlecock semua di sediakan bawa duit je ye.


Kat sini juga ada kemudahan kelas dan akademi untuk mereka yang nak serius bermain badminton terutama kanak-kanak dan pelajar sekolah atau orang dewasa pun boleh.Boleh tanya kat penjaga kaunter atau hubungi je no telefon diorang.Jurulatih pun berpengalaman luas dalam bidang ni.





Dah puas explore keliling court haaa pakai la kasut,panaskan badan ,main la ngan Kak Nina,Kak Tati dua tiga round tapi tak main betul-betul pun acah-acah panaskan badan je hehehe.Pancit juga la bertahun tak pegang raket ahhahaha,hilang nafas jap huhuu.Badan dah makin kurang stamina,nak kena jaga balik ni,umur pun dah meningkat ,pastu asyik melantak je kan,dah kena jaga mana yang boleh dah,kang ada bercuti kat wad je nanti,minta simpangggg.





Syok woooo,lencun baju,ajak Mr D main,dia bawa je kasut tapi tak mau tukar,malas nak paksa sebab lutut dia cedera lagi,Cik Sue pun baru je sembuh Alhamdulillah,sebab tu tak melasak sangat,tapi main pukul-pukul macam tu pun dah syok sangat,basah baju,feel bila berpeluh tu best tau,segar je rasa.Dah dekat nak balik,sementara tunggu habis jam sewaan tu,main la slow-slow ngan Mr D,terjadi la perkara yang kelakar,sedih dan menggeramkan Cik Sue tau,kalau wife Ben Ashaari sampai ke klinik, Cik Sue pulak kena bebel ngan Mr D dan dia yang kena ke kereta semula hahahha cuba teka apa yang terjadi? 

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v





Hahahha heyyy  jangan gelak tau,ai je boleh gelak,kemain konfidenkan sebelum datang kata kasut cun lagi boleh guna sekali kauuuuuu hilang tapak hahahha.Nasib baik la ada kasut jogging lagi satu dalam kereta tau,tu yang Mr D kena gi ambil tu,kata sayang biniiiii...kah kahhhhh.So dah boleh gi shopping kan Mr D beli kasut baru ,ehemmmmm sale tengah banyak ni.

Terus la stop main ,bagi Humaira je la main ,dah nak balik pun hahahah.Dia pun kemain seronok ramai geng kakak-kakak,abang-abang di ajak main,pasni nak cari raket tuk dia la,boleh ajak teman ibu main lagi nanti ye.





Meriah bila beriadah bawa anak dan family ni,sekurang-kurangnya boleh luangkan masa berkualiti dengan keluarga dan kawan-kawankan.Cik Sue pun macam nak repeat lagi je ni,best la pulak heheheh dapat seminggu sekali pun ok dah,ada la keluar peluh jugakkan walaupun mengemop rumah hari-hari pun berpeluh juga hahahahha wellll kat rumah pun bersenam ye.




Sewanya pun takde la mahal sangat ,boleh la tontong ramai-ramai kan,buat seminggu sekali ke cun dah,tuk maklumat lanjut korang call terus nombor kat bawah ni ,nak booking pun boleh ye : 


Harga Promosi : RM28 untuk 2 jam bermula dari jam 8 pagi hingga 8 malam. 
Selepas jam 8 malam : RM24 sejam. 

Lokasi  : Jalan Puchong Utama 2
Puchong, Malaysia

Waze : Puchong Sport Centre
Tel : 010 829 6639

p/s Nak ajak geng lain la datang nanti,eh korang nak main tak cukup geng ajak la Cik Sue juga tau.


6 comments

  1. Syoknya, murah jugak harga dia. Haha dia suruh beli kasut lain la tu

    ReplyDelete
  2. Harga court lebih kurang sama mcm kyg dekat semenyih, nanti jom main area sini pula kak.. n tahniah dapat kasut baru

    ReplyDelete
  3. Bestnya.. Layan main bdmintan kat court.. Selalu main dekt halman rumah je

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak main badminton. Bestnya main ramai-ramai

    ReplyDelete
  5. Besar tempatnya. Lama tk main badminton.

    ReplyDelete