Swipel : Musuh Serangga Perosak di Rumah Anda

 Masalah serangga perosak kat rumah Cik Sue ni macam tak sudah-sudah pula,terutama semut.Dari ruang depan sampai ke meja makan ,meja kerja pun ada,sampailah ke dapur.Padahal selalu je lap,vakum,sapu dan mop.Mungkin sebab rumah atas tanah dan tak tinggi jadi semut dari luar mudah masuk dalam rumah ikut celah pintu.Kalau lipas pula banyak masuk ikut lubang floor trap di dapur,padahal sampah memang setiap hari clear kan atau buang kat luar,tak tahu la suka sangat masuk,kekadang ada je dalam almari makanan kering,sebab tu Cik Sue suka stok makanan kering letak dalam box berkunci baru letak dalam almari,emang takkan letak macam tu je terutama pek-pek mihun atau mee segera.Cuma syukurnya rumah ni tak de tikus,kalau tak hari-hari la Cik Sue dok menjerit suara tarzan heheheh

Memandangkan dalam rumah ni masing-masing tak boleh sangat terdedah racun serangga jenis sembur dan berbahan kimia tu,Cik Sue kenalah mencari produk yang berasaskan bahan semulajadi dan tak beracun dan selamat tuk kami semua.Maklumlah sorang asma,sorang alergik haaaa kenalah guna produk yang bersesuaian.Sebab itu Cik Sue memilih Swipel yang berasaskan serai wangi dari Syarikat Afy Haniff.


Rangkaian produk Swipel ni adalah penjenamaan semula produk Serai Wangi Afy Haniff dulu,sekarang menggunakan nama Swipel pula.Seperti yang ramai tahu penggunaan serai wangi dalam menghalau serangga memang tak di nafikan lagi,malah serai wangi juga ada di proses menjadi minyak pati untuk perubatan dan menghalau nyamuk.Selain menghalau serangga ,produk Swipel juga dapat menghapuskan 99% kuman dan membersihkan rumah.Memang bagus untuk rumah yang ada anak kecil dan binatang peliharaan sebab menggunakan bahan semulajadi dan tak berbahaya kepada persekitaran.

Produk Swipel ni ada banyak jenis dan kegunaan tapi yang paling banyak Cik Sue guna kat rumah ialah Swipel Natural Insect Repellent Spray dan Advanced Floor Cleaner Liquid. Yang spray tu Cik Sue gunakan untuk spray di permukaan meja makan,almari stok simpanan makanan kering,rak-rak di dapur,kaunter sinki dapur,meja kopi dan tempat bancuh air,serta area periuk nasi yang semut suka berkumpul kat situ.Advance Floor Cleaner pula Cik Sue campur dalam botol spray mop dan gunakan untuk mop lantai dari ruang tamu hinggalah ke dapur,bukan untuk menghalang semut sahaja malah lipas dan serangga lain juga.


Selain yang Cik Sue kerap guna di atas ada juga jenis lain dalam rangkaian produk Swipel ni iaitu kiub untuk menghalau tikus dan lipas yang boleh di letak di kawasan laluan binatang-binatang ni di rumah kita ada juga liin untuk menghalau lalat yang Cik Sue akan pasang di dapur kalau memasak makanan yang kuat berbau seperti ikan pekasam,ikan masin dan seangkatan dengannya,jadi lalat tak de la datang kat kawasan dapur tu dan bau pun lebih wangi bau serai wangi semerbak kat dapur.Ada juga pewangi utuk di gantung dalam tandas ,bilik atau dapur untuk hindarkan serangga.



Oh ya,yang spray tu Cik Sue gunakan juga bila bersihkan kereta terutama lepas perjalanan jauh balik kampung contohnya,ye la ada anak kecil,makan dalam kereta memang tak boleh di elakkan,jadi mudah la menarik perhatian lipas-lipas kecik tu,selalunya lepas basuh kereta di carwash,sampai rumah Cik Sue akan spraykan insect repellent tu kat bahagian dalam kereta bawah seat dan bonet belakang,memang berkesan,tak de lagi dah lipas yang boleh membuatkan Cik Sue menjerit dalam kereta hahahahha.


Cik Sue memang rekemen korang guna produk Swipel ni,terutama yang ada anak kecil kat rumah sebab ia selamat ,tak bahaya tuk kesihatan anak-anak,dan Alhamdulillah setakat Cik Sue guna ni ada perubahan pada kehadiran semut-semut yang bermaharajalela sebelum ni.Dan kalau korang nak guna untuk spray kat pokok atau haiwan peliharaan pun selamat tau,tak yah risau.Korang boleh dapatkan di pasaraya berdekatan atau kedai-kedai runcit terdekat ,ataupun beli je secara online,senang cerita.


Ok... untuk info lanjut , korang boleh dapatkan di : 

Facebook : AFYConsumer 
Instagram : AfyHaniff_Consumer 
Youtube : Afy Haniff
Website : Afyhaniff.com


3 comments