Hotel Bajet Wakaf Che Yeh : Ridel Boutique Hotel

Lamanyaaaa tak balik Kelantan,hampir 2 tahun dah ,kebetulan Virus Covid melanda memang lama lagi la nak dapat balik,selalunya paling kurang setahun sekali memang balik jenguk saudara mara dan ke kubur arwah tuk nenek dan bawa abah ziarah adik beradik dia.

Cik Sue pula kalau balik,kerjanya makan la,fuhhh syurga makanan tau Kelantan ni,panjang berjela lalist nak makan apa,nak makan kat mana,shopping tu dah kurang sikit sekarang sejak tua-tua ni eh y eke hahahha tapi kalau tergoda tu nasib la ye,dah tua-tua ni benda yang nak di shopping pun dah berubah,zaman anak dara dulu dok cari kain baju bagai,sekarang cari periuk belanga barang rumah pula dah jadi mak orang kan hahahha.

Antara tempat kegemaran Cik Sue selain Pengkalan Kubor,Kota Bharu dan Rantau Panjang,adalah Wakaf Che Yeh,dan kat sini meriah kalau datang waktu malam,haaa macam-macam ada,dari  makanan,kain baju,kasut,jersi,jeans dan barang rumah eh macam-macam la lagi,rambang mata tau.



Tapiii satu je masalah Cik Sue,dah makan kenyang perut ,dah shopping penuh tangan mula la bergaduh sapa nak memandu balik rumah nenek kat Tumpat sana agak jauh juga tu bercinta gak nak sampai ,malam-malam pula kan haaaaa apa susah,kita checkin je la hotel kat Wakaf Che Yeh tu,pilihan Cik Sue adalah Ridel Boutique Hotel yang memang berbaloi sangat.


Parking di sediakan depan hotel terus senang la kan dengan harga RM2 je,parking lain sekitar tu RM5 tau haaa jimat dah.Kedudukan hotel pun boleh jalan kaki je kalau nak ke tempat shopping Wakaf Che Yeh tu tak payah susah-susah nak memandu ye,jalan je sambil-sambil cuci mata macam-macam kedai ada


Bab bilik jangan risau memang selesa,harga pun berbaloi sangat untuk satu family,nak ajak mak ayah pun masih mampu.tapi jangan la anggap macam hotel mewah pula ye,ni hotel bajet yang best sesuai la tuk rehat lepas penat-penat keluar berjalan,shopping dan makan ye.






Yang Cik Sue suka walau pasar Wakaf Che Yeh dah tutup pun kedai makan lain banyak lagi kat kawasan tu,pendek kata korang takkan mati kelaparan la kat sini hahahah.

Harga bilik dalam lingkungan RM120-RM190 buat masa sekarang,jadi kalau korang ke Kelantan Cik Sue memang rekemen korang checkin kat sini tau,segala mudah.Malah kedudukan hanya 15km dari airport je,dan mudah nak ke mana-mana dari sini,terutama ke pusat bandar Kota Bharu.


Apa-apa korang boleh tempah atau dapatkan maklumat lanjut kat detail bawah ni ye :

Whatsapp : https://wa.me/c/60139024492 

Facebook : https://web.facebook.com/ridelboutiquehotel/

Tel : 09-7434888 / 019-9320773

Alamat : Pt 760, Blok H, Pasar Awam Bersepadu Wakaf Che Yeh , Kota Bharu, Kelantan, Malaysia 

 

Huwaaaa,dah terbayang ni mee cambol,sate perut lilit,pulut manga,nasi kerabu,sup segala sob sobssss bila covid nak habis ni……


Post a Comment

6 Comments

  1. wah bestnya.. bilalah nak pi jenjalan kelate ni. macam best hotel ni.. cantik

    ReplyDelete
  2. menariknya boutique hotel.. cantik sgt

    ReplyDelete
  3. Che sue ore klate ke? Salam dr Kelate. Dh boleh rentas negeri ni apa lagi, balik kelate buat food travelog pula. pasti tak kecewa.

    ReplyDelete
  4. Cantik, bersih dan kemas...boleh la simpan dalam wishlist ni..senang nanti kalau dah ada kat sana...

    ReplyDelete