Menu Baru McDonald's Sea Salt McFlurry & Hershey's Sundae Kini Kembali Lagi!

McDonald's sudah lama menapak di Malaysia hinggakan mempunyai pelanggan setia yang sangat ramai. Pelanggan setia ini bukan setakat suka nikmati menu wajib kegemaran mereka di McDonald's tetapi juga sentiasa bersiap sedia untuk mencuba menu baru yang sentiasa dibawakan oleh McDonald's ini. 


Maka tak hairanlah kenapa ramai yang datang ke McDonald's buat masa terdekat ini semata-mata untuk mencuba menu baru McDonald's iaitu McDonald's Sea Salt McFlurry & Hershey's Sundae.


McDonald's Sea Salt McFlurry & Hershey's Sundae ini sebenarnya sudah pernah ada di dalam menu McDonald's sebelum ini dalam waktu terhad! Dan kini ia kembali lagi menemui peminatnya untuk dicuba buat kesekian kali. 




Agak berbeza dengan menu pencuci mulut lain yang ada di McDonald's, Sea Salt McFlurry yang ada rasa masin membuatkan ianya menjadi salah satu menu unik untuk di cuba. McFlurry selalunya dengan rasa manis-manis tetapi kini didatangkan dengan rasa garam laut, memang sangat-sangat rare dan menarik. Tapi sesekali berubah rasa apa salahnya kan?


Setelah mencuba McFlurry dengan rasa masin garam laut ini, untuk dapatkan rasa fantasi yang lebih manis, Hershey's Sundae siap sedia untuk dinikmati. Nak lebih best, mula-mula cuba Sea Salt McFlurry dulu dan seterusnya boleh makan Hershey's Sundae yang sememangnya sedap, manis dan menawan kalbu. 


Walaupun kita berada di tengah-tengah musim hujan di kala hujung tahun sekarang, tapi tak ada salahnya untuk kita menikmati ais krim. Ia sangat sesuai tatkala kita  memerlukan rehat untuk minda terutama di kala waktu tengah hari atau lewat petang.


McDonald's telah terkenal untuk mengeluarkan rasa ais krim yang menarik dan unik sepanjang tahun dan inilah dia buktinya. Banyak menu pemanis mulut dalam bentuk aiskrim dari McDonald's yang mendapat sambutan tinggi seperti Cendol Sundae Cone, Gula Melaka Oreo McFlurry dan banyak lagi. Jadi, apa salahnya untuk cuba dua menu aiskrim ini pula. 


Rupa Sea Salt McFlurry yang berwarna ungu dan biru ini kelihatan sangat menarik dan mistik. Tampak berkilauan dengan mempunyai keseimbangan rasa yang sempurna antara manis dan masin, menjadikannya sebagai salah satu makanan yang sukar untuk dibayangkan rasanya melainkan perlu cuba sendiri untuk tahu. 


Credits Photo : PenangFoodie


Sekiranya sudah pernah merasa dan masih terkenang keenakan rasa Hershey's Chocolate Sundae klasik McDonald’s, segeralah mendapatkannya dalam tempoh yang sangat terhad ini. Banyak pilihan ada dan dengan Double Oreo Chocolate McFlurry pastinya pencinta coklat akan berasa sangat berpuashati. 


Credits Photo : KLFoodie


Tiada masa untuk ke mana-mana cawangan McDonald’s yang terdekat? Atau mungkin tidak mahu memberi risiko pada diri sendiri untuk keluar di dalam tempoh cabaran virus covid-19 ini. Tak mengapa kerana kita masih boleh mendapatkan menu-menu sedap dari McDonald’s melalui servis fast food delivery malaysia.


Antara pihak yang boleh digunakan untuk membuat pesanan dan penghantaran yang cepat untuk menu McDonald’s ini adalah Foodpanda


Melalui Foodpanda, dengan mudah boleh buat pesanan mengikut menu McDonald’s yang dikehendaki melalui website mereka. Tanpa perlu keluar dari rumah, pesanan yang di buat akan dihantar terus sehingga ke depan pintu rumah masing-masing.


Foodpanda turut mengamalkan servis penghantaran makanan dengan konsep social distancing mengikut kehendak pelanggan. Pemakai pelitup muka dan kebersihan dengan selalu mencuci tangan bersama penggunaan sanitizer turut dilakukan. 



Secara tak langsung, ianya bukan saja membantu mengurangkan risiko pada diri dengan berada di luar rumah malah ia juga dapat membantu menjimatkan masa, tenaga, kos minyak dan sebagainya. Dengan Foodpanda, nak makan menu apa yang ada di McDonald’s, kini semuanya menjadi mudah! 


Apa tunggu lagi, jom order McDonald's Sea Salt McFlurry & Hershey's Sundae melalui Foodpanda sementara belum kehabisan stok dalam tempoh yang sangat terhad ini. 



2 comments

  1. Aduhh mengancam sungguh la Sea Salt ice cream tu, hari tu nak beli dah, tapi ramai sangat yg beratur, terpaksa lupakan niat.

    ReplyDelete
  2. shida xrasa lg sea salt tu..cam seram nk rasa ^_^

    ReplyDelete