Pengeluaran Duit KWSP I-Lestari Dan I-Sinar Perlu Bayar Zakat Ke?

Esok dah bermula permohonan untuk pengeluaran caruman KWSP I-Sinar dan pengeluaran I-Lestrai pula masih berlangsung sekurangnya sehingga bulan Mac depan kalau Cik Sue tak silap. Semalam borak-borak dengan Mr D terkeluar topik dan persoalan kena zakat ke eh pengeluaran ni,kata dia officemate dia pun dok bincang ada kata wajib bayar ada kata tak.Haaaa dah jadi kemusykilan pulak,jadi tugas Cik Sue la dapatkan maklumat untuk persoalan ni dari pihak zakat.Untuk maklumat lanjut pengeluaran I-Sinar korang boleh ke https://isinar.kwsp.gov.my/


Pertamanya kita perlu sedar tuntutan zakat adalah wajib ye bagi umat Islam,haaa kena ingat tu,dan kena ambil tahu cara pengiraan dan nisabnya,kalau cukup haul/layak wajib di tunaikan.Zakat ni terbahagi kepada beberapa jenis/bahagian :

1. Zakat Fitrah 

2.Zakat Harta yg di bahagikan kepada : 

-zakat pendapatan

-zakat perniagaan

-zakat wang simpanan 

-zakat emas dan perak

-zakat saham

-zakat KWSP 

-zakat takaful

Jelas di sini duit KWSP yang kita simpan tu memang wajib zakat tapi bergantung pengiraan nisab untuk layak atau tidak di tunaikan zakat ye,ingat tu.


Fatwa di bawah Seksyen 47, menurut seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam jadual dan disiarkan menurut subseksyen 48(6) Enakmen itu.

“ Berdasarkan kepada Fatwa Zakat KWSP dan berpandukan kepada Fatwa Sistem Pengurusan Kutipan Zakat Negeri Selangor bagi tahun 2013, pencarum KWSP diwajbkan mengeluarkan zakat sejurus menerima atau mengeluarkan wang KWSP tersebut tanpa menunggu haul setahun ”




Dalil Al-Quran :


“Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.”(Surah At-Taubah : Ayat 34-35)



Jadi wajib zakat ke tidak pengeluaran Kwsp I -Lestari dan I-Sinar??


Wang KWSP diwajibkan zakat kerana konsepnya sama seperti wang simpanan cuma bezanya, wang KWSP ni tak boleh dikeluarkan sesuka hati. Kewajipan membayar zakat bagi pengeluaran apabila memenuhi syarat " Sempurna Milik ". Semasa masih mencarum dan dalam simpanan KWSP kita terlepas dari tuntutan zakat sebab belum cukup syarat jadi milik sempurna kita yang di wajibkan berzakat, jadi bila di keluarkan sejumlah wang KWSP tu terus jadi "sempurna milik" dan kena la zakat ye tuan puan.

Tapi ada yang buat pengeluaran sebab terkesan dengan pandemik Covid-19 ni ,dan keluarkan untuk kelangsungan hidup tambah-tambah yang di berhentikan kerja,hilang pendapatan,kena zakat juga ke? 
Haaaa kena baca sampai habis ye.

Jenis dan Syarat Zakat KWSP

Jenis Zakat KWSP

1) Sebelum mencapai umur 55 tahun (pemilikan belum sempurna) - 2.5% dari jumlah pengeluaran KWSP adalah jumlah wajib zakat. Jumlah pengeluaran tidak mengira samada mencapai nisab.Jika jumlah pengeluaran KWSP dibawah nisab,hendaklah dicampurkan bersama pendapatan lain

2) Setelah mencapai umur 55 tahun (pemilikan sempurna ) - 2.5% atas keseluruhan wang KWSP dizakatkan seperti kaedah zakat simpanan. Dengan itu,tiada lagi tolakan caruman KWSP pada taksiran zakat pendapatan untuk yang masih bekerja dan membuat caruman KWSP


Syarat Zakat KWSP

- Pencarum KWSP yang telah menerima wang simpanan, atau telah layak mengeluarkan wang KWSP tersebut, tetapi memilih untuk terus menyimpan di KWSP, yang dibenarkan untuk mengeluarkan pada bila-bila masa seperti simpanan yang melebihi ‘Ringgit Malaysia Satu Juta’ adalah wajib mengeluarkan zakat setiap tahun apabila telah cukup nisab dan haul kerana wang tersebut telah sempurna menjadi miliknya.

- Wang simpanan KWSP wajib dikeluarkan bagi pekerja-pekerja Islam sebagai zakat bila cukup haulnya iaitu setahun setelah penerimaannya.

- Pencarum KSWP digalakkan mengeluarkan zakat sejurus selepas menerima wang wang KWSP jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun.

Bagi pencarum yang mengeluarkan simpanan mereka sebelum umur 55 tahun, kaedah taksiran zakatnya perlu melihat kepada kewajipan zakat pendapatannya. Kaedahnya sebagaimana berikut:

1. Jika ia adalah pembayar zakat pendapatan. - Pengeluaran KWSP wajib dizakat walaupun jumlah pengeluaran kurang drpd nisab.
2. Jika ia bukan pembayar zakat pendapatan. - Jumlah pengeluaran zakat KWSP perlu dicampurkan dengan jumlah pendapatannya untuk dinilai samada melebihi nisab atau tidak.
ii. Jika melebihi nisab, ia wajib dizakat.
ii. Jika tidak melebihi nisab, zakat tidak wajib dikeluarkan.

Galakan ini termasuk semua jenis pengeluaran samaada pengeluaran penuh atau sebahagian yang dibenarkan KWSP dan telah cukup nisab.

Tapi ada kelonggaran jika wang KWSP di keluarkan untuk tujuan kehidupan yang mendesak contohnya untuk keperluan makan minum seharian, tiada pendapatan lain untuk di gunakan akibat desakan pandemik Covid19 ,anda tidak di wajibkan zakat ye.

Tapi jika pengeluaran bukan untuk tujuan keperluan hidup yang mendesak,wajib zakatlah dan mengikut syarat dan kiraan yang di tetapkan,boleh rujuk ke Pusat Zakat yang terdekat dengan anda  ye,macam Cik Sue di Lembaga Zakat Selangor la.

Contoh pengiraan nisab pembayaran zakat : 

Contoh 1: KWSP dikeluarkan pada tahun 2019 sebanyak RM 20,000 untuk tujuan deposit perumahan. Kadar nisab pada tahun 2019 adalah RM13,536 (berdasarkanLembaga Zakat Selangor) . Maka, jumlah yang dikeluarkan ini cukup nisabnya .

Oleh itu, jumlah zakat yang perlu dibayar adalah RM 20,000 x 2.5% = RM 500.

Contoh 2: RM 4000 dikeluarkan dari akaun KWSP pada tahun 2019 bagi tujuan pembeliankomputer riba. Disebabkan tak cukup nisab , jumlah pengeluaran ini disekalikan dengan zakat pendapatan.

Gaji bersih bulanan (setelah ditolak keperluan asas) adalah RM3,500 sebulan dan jumlahnya adalah RM42,000 (setahun). 

Oleh itu, jumlah zakat yang perlu dibayar adalah (RM42,000 + RM4,000) x 2.5% = RM1,150

Ini hanya contoh ye ,untuk pengiraan tepat dan mengikut situasi keperluan serta tujuan pengeluaran korang,boleh rujuk laman web atau hubungi terus pusat zakat masing-masing ye.Insya Allah kelak lebh jelas macam mana prosedur serta syarat dan kelayakan yang mewajibkan tuntutan zakat ni.


Insya Allah ,tuntutan zakat dalam Islam bukanlah membebankan setiap umatnya tapi kita di beri peluang menunaikan hak orang dalam dalam harta kita dan ingatlah takkan miskin bila kita salurkan harta ke jalan yang benar malah menyucikan harta dalam genggaman kita malah pahala dan keberkatan rezeki menanti kita,hidup juga lebih tenang bila kita tunaikan tuntutan yang di wajibkan.Jom sama-sama kita cari ilmu ,sebelum ni tak tahu tak pe,dah tahu jom la kita tunaikan.

3 comments