Logo KBBA

Resipi Chee Cheong Fun Versi Dapurciksue : mengidam punya pasal.

 


Teringin punya pasal,survey kat restoran yang ada jual sikit nau sepinggan,sejenis yang nak makan banyak,ingat nak gi beli kat pasar malam kat orang jual yong tau fu tu tapi malas pulak nak keluar heret anak,apa lagi google la resepi ,tengok cara buat kat youtube segala,semak-semak bahan semua ada kat rumah ,apa lagi kita bertukang la ngan pengukus kat dapur hehehehe,tapi serius buat sendiri memang puas la makan,bertambah-tambah.Mr D pulak baru balik dari uruskan ayah dia baru keluar wad,sampai rumah dia dah pelik ,siap tanya keluar beli ngan apa sebab kereta dia pakai,haaaa apa lagi wat muka bangga la jap hahahahah.

Dia ingatkan beli sebab katanya sama je macam kat kedai ,perghhh kembang jap hahahaha.Mula-mula ingat susah nak buatnya,dah tengok oooooo tak de la susah mana pun,bahan pun senang-senang je.Ada orang suka makan ala-ala Yong Tu  Fu  dengan fish ball  bagai tu,tapi ni Cik Sue buat makan dengan kangkung celur dan bijan je,kacang tumbuk pun habis,kira boleh laaaJom Cik Sue share resepi dan cara ye :

Kuah manis pedas :

Bahan 
2 cawan air
2 sudu cili kering blend (kalau nak pedas atau kurang pedas pandai-pandai la kurangkan ye)
secubit belacan
1 kiub pati ikan bilis
5 atau 6 sudu kicap pekat manis
1\2 cawan bancuhan air tepung jagung 
1/2 cawan gula merah
garam secukup rasa

Cara : Didihkan semua bahan kecuali air tepung jagung,dah mendidih baru masukkan tepung jagung tu,kecikkan api ,biar menggelegak sampai agak pekat,sesuaikan rasa ikut selera sendiri ye,nak pedas lebih ke nak manis lebih ke,dah masak sejukkan.Kuah ni boleh makan ngan yong tau fu jugak ye.

                                     


Chee Cheong Fun

Bahan :
2 Cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
4 cawan air

minyak masak tuk sapu kat loyang atau tudung periuk

Cara :
Campur semua bahan kecuali minyak,sebatikan dan tapis
Panaskan  pengukus,sapu minyak dekat loyang atau tudung periuk (cara lebih kurang buat laksam kelantan)
tuangkan adunan atas loyang dalam setengah senduk atau ikut kenipisan yang korang nak,jgn nipis sangat ,susah nak gulung nanti.
Kukus dalam 5-7 minit,angkat dan sejukkan ,agak-agak boleh gulung,gulungkan dalam sapu minyak masak skit bahagian luar,susun dalam pinggan tuk sejukkan.


Mudah je kan? kena rajin je la sikit hehehhee,bila nak makan celurkan kangkung dan sangai (goreng tanpa minyak) bijan ,kalau ada kacang tanah tumbuk lagi cun tak de pun tak pe aih.potong chee cheong fun tadi letak kangkung tuang kuah dan tabur bijan,selamat menikmatiiiiiii.....

Berbaloi dan boleh makan puas-puas.



6 comments