Logo KBBA

Tahun Baru 2021,Covid19,Banjir dan PKP 2.0

 

Assalamualaikum semua,hai kawan-kawan....

Dah 19 hari berlalu dalam tahun 2021 ni barulah Cik Sue ada semangat dan sedikit rasa nak menulis kat blog kesayangan ni.Tak tahu la kenapa,macam tenggelam punca pula nak menulis cerita dari hati dan kisah diri sendiri,Padahal banyak je perkara atau hal yang nak di kongsi cuma tak terluah dengan coretan di sini.

Permulaan tahun baru pun dah huru-hara dengan perjalanan 2020 yang terasa kelam,tak de apa yang istimewa boleh di catat dalam diari sepanjang 2020 bila Covid19 melanda,dasyat betul virus ini kan? mengubah normal hidup kita,mengubah persepsi,pemikiran dan diri sesetengah orang juga,malah mengubah aturan perjalanan hidup juga.

Banjir awal 2021

1 Januari kebetulan Mr D cuti,Cik Sue pun terus plan dengan adik-adik dan kakak balik berkumpul rumah abah tapi kakak sekeluarga tak dapat join,setakat datang tunjuk muka je sebab kawasan perumahan dia ada kes Covid jadi tak mahulah bergaul sangat.Memandangkan masa tu tak pasti lagi apa akan jadi samada PKP semula ,kami ambil la peluang rentas negeri tuk jenguk ma abah yang tak berapa sihat pun,setelah hampir 4 bulan Cik Sue tak jenguk diorang.

Elok 2 hari kat kampung,melepaskan rindu dengan family ,hujan pula turun tak berhenti dan banjir melanda,kononnya hari Selasa pagi nak gerak balik,tapi laluan keluar dari rumah abah semua di naiki air banjir,kami terkepung,kereta memang tak lepas langsung nak keluar eh motor pun sama,nasib baik memang mohon cuti lajak,Khamis baru masuk kerja.

Tengah dok cari info tentang perkembangan banjir,line internet semua telco pulak off tak pasti samada pencawang terpadam akibat banjir atau masalah lain,jadi kami di kawasan kampung tu memang tak dapat berita apa-apa kecuali dari berita di TV sahaja,nak buat call dan sms pun tak boleh,tetiba rasa lost sangat terpisah dari dunia luar,betapa pentingnya talian telekomunikasi zaman sekarang kan? eh elok dok diam-diam kat rumah,bekalan air paip pula putus,Ya Allahhhh seksanya rasa,dengan anak kecil ramai kat rumah,warga emas yang tak larat nak angkut air.Alhamdulillah rumah abah memang kami sediakan tangki simpanan atas bukit tapi tak sampai sehari dah kering sebab kebetulan ramai pulak ada kat rumah,kalau ma ngan abah je cukup je rasanya sampai 3 atau 4 hari.


Alhamdulillah hari rabu pagi dapat berhubung bila line handphone pulih semula ,dapat je info dah ada laluan yang boleh keluar ke KL terus abah suruh gerak,risau kalau terperangkap lagi kat situ ,susah nak ke hospital atau klinik dengan keadaan Cik Sue yang berbadan dua ni huhuuu,lagipun cuti Mr D pun dah nak habis,Khamis dah start kerja.Kami terus kemas kain baju dan gerak,jalan keluar yang boleh lalu pun dalam kebun sawit dengan tanah runtuh kiri kanan ,muat-muat satu kereta je,Allahuuu tawakal je la sepanjang perjalanan.

Alhamdulillah kami selamat sampai di Dengkil ,perjalanan agak lancar,memang sayu je tengok kesan air banjir kiri kanan jalan,tahun ni tak dapat nak hulurkan bantuan macam banjir besar 2014 dulu maklumlah geng Cik Sue semua tak available,yang bawa perut yang kena perintah kuarantin Covid lagi.Semoga Allah permudahkan urusan mangsa-mangsa banjir tu,khabarnya agak teruk juga kali ni pun,sampai sekarang pun masih banyak yang belum pulih walau dah nak habis bulan Januari dan banjir sudah surut.Banyak kerosakan dan kemusnahan akibat kerakusan tangan manusia juga,terutamanya pembalakan haram di Pahang tu.


Covid19 dan PKP2.0

Balik rumah pula,kes Covi19 makin meningkat,memang takut sekarang nak keluar rumah,kekdang paranoid pun ada,jadi risau semacam,tambah-tambah yang ada anak kecil maca, Cik Sue ni.Kesian sebenarnya kat anak-anak,macam Humaira ni dok rumah sensorang tak de kawan,so memang akan selalu bawa dia ke taman atau jenjalan jumpa orang dan bergaul,bila merebaknya virus ni,jadi tepu dia main apa yang ada dalam rumah je la,Cik Sue nak melayan lebih-lebih bukan dok sesaja ye kat rumah,banyak juga kerja nak buat huhuuu,ayah dia hari kerja memang tak la,balik kerja pun Humaira dah nak lena.Hari minggu je la buat aktiviti dalam rumah.

Memang sangat memberi kesan kehadiran Covid19 ni sejak awal 2020 kepada semua kan,besar betul impaknya.Dengan yang hilang pekerjaan,hilang pendapatan berniaga,semua kena secara online dan digital,tiada lagi kunjung mengunjung perayaan.Nak melancong pun walau bukan waktu PKP fikir beratus kali kan.Hampir semua terjejas,Alhamdulillah syukur lagi kita tinggal di Malaysia dan kerajaan banyak hulurkan bantuan walau masih banyak ketirisan dan tak puas hati tu oppssss.Sekuranynya ada juga kannnn.

Tapi tu la dalam keadaan pandemik macam ni pun masih ada lagi yang tak peduli dengan keselamatan kesihatan,tambah-tambah isu ahli politik yang tak cakna dengan keadaan dan kesusahan rakyat,masih sibuk dengan idealogi dan perjuangan politik masing-masing,pendapat Cik Sue apa la salahnya letak tepi dulu segala keinginan dan menifesto perjuangan korang tu,haihhh,rakyat tengah berjuang untuk sesuap nasi nak bagi makan anak bini kot,mana laaa rakyat tak marah kan.

Akhirnya,dengan penigkatan kes yang banyak PKP 2.0 untuk kali kedua di umumkan oeh perdana menteri bermula 13 Januari hingga 26 Januari,kesannya memang terduduk juga mana-mana rakyat yang baru nak bernafas tu.Harapan Cik Sue takde dah PKP3.0 pulak lepas ni tapiiiii ramalan katanya mungkin sampai pertengahan tahun juga kes akan makin meningkat,Allahuuuuu.segalanya akan terbatas dan menekan segala aspek kehidupan rakyat.Moga Allah pelihara dan mudahkan urusan hidup kita semua.


Permulaan yang baik 

Dalam kekalutan pandemik Covid19 ,mabuk-mabuk membawa perut,Alhamdulillah Cik Sue berjaya memulakan langkah untuk bisnes dari rumah,walau pun bagi orang lain hanya pencapaian kecil tapi bagi CikSue ini satu permulaan yang baik bagi diri sendiri.Sebelum ni pernah je buat bisnes dan cari pendapatan melalui berniaga ,macam-macam je jual dan sejak jadi suri rumah bukan duduk saja ye,banyakkkkkk je benda buat tuk cari income tambahan bantu suami,jual sambal hitam,amik tempahan kek dan pavlova (cuti sekejap,tak larat nak gi cod bawa perut memboyot hahahaha) jual kain pasang,eh macam-macam je lagi,online ada offline pun ada,dannnn blogger sepenuh masa juga eh hahhaha.

Jadi kali ni serius sikit la,walau santai-santai juga sebenarnya,tidaklah terlalu nak kejarkan sangat cuma niat berkongsi kebaikan produk yang Cik Sue jual je.

Pertamanya ,Produk Young Living Essential Oil.Sebenarnya dah lama CikSue pakai dan guna EO YL ni,dari awal kahwin lagi,sebelum Humaira ada pun dah pakai,dah dah rasa kebaikan serta kesan dia dalam kehidupan Cik Sue seharian.Jadi Cik Sue berani terlibat dan jual benda yang Cik Sue yakin dan dah pakai bertahun,yeee ambil masa bertahun juga nak join jadi ahli dan jual,jadi memang CikSue yakin la setakat ni.Kalau nak tanya apa-apa pasal Young Living boleh pm Cik Sue ye nak wasap pun boleh 017-9397536,jangan segan-segan nak tanya-tanya pun boleh Cik Sue tak makan orang hehehhe.

Sebenarnya register ahli bulan Jun 2020 lagi,slow-slow merangkak untuk faham sistem dan cara bisnes mereka,dah dapat rentak baru la kita speed hehehe Alhamdulillah Cik Sue dah ada team yang fully support dan sangat banyak membantu,syukur sangat dan sampai sekarang masih belajar sebenarnyaa,banyakkkkk lagi nak kena gali ilmu,samada pasal essential oil atau ilmu bisnes,jadi sesapa nak join sesama roger je ye.

Yang kedua pula Cik Sue terlibat dengan kain lap kayangan kata netizen hahahha iaitu produk Norwex,yang mana di kenalkan oleh Cik Lisa Sepet, Dia la dok pujuk Cik Sue join,bila dok baca dan cari info,terpikat juga la dengan teknologinya,jadi Cik Sue cuba.Alhamdulillah puas hati sebab menyenangkan kerja-kerja suri rumah,kena pulak anak nak masuk 2 ni kena cari solution untuk jadi bijak dalam setelkan urusan rumahtangga.Produk Norwex ni ramai kata mahal tapi sebenarnya berbaloi sangat-sangat,ada cara pengiraannya dan korang rasa memang patut guna.Cik Sue pun baru lagi sebenarya kenal dan tengah cuba pakai lagi,sekarang tak semua produk Norwex ni lagi Cik Sue pakai jadi take time juga la ye nak menjual secara all out hehehehe,tapiiiiiiii kalau nak tanya apa-apa boleh je ,pm je Cik Sue macam no wasap kat atas tu ye,kita boleh sembang-sembang dan share pengalaman.Kalau nak cuba sehelai dua ke bagitau je boleh ejas punya hehehhhe....



Niat berniaga ni bukanah nak jadi kaya pun ,asalkan dapat tampung apa-apa yang kurang pun dah syukur bagi Cik Sue,dan point utama sebenarnya nak share kebaikan produk kepada semua,sebab apa yang Cik Sue pakai Cik Sue yakin jadi CikSue share nak korang juga rasai kebaikannya .

So meh support Cik Sue hehehhe....

Doa Cik Sue moga kita lebih tabah menghadapi tahun-tahun mendatang dengan kehadiran Covid19 yang entah bila nak terkubur ni kan,jangan stress-stress sangat kita cuba sesuaikan kehidupan dengan normal baru,kuatkan mental dan fizikal,lebih cakna menjaga kesihatan dan kebersihan,jaga diri sendiri keluarga dan kejiranan kita.Bagi yang ada masalah depression atau masalah-masalah lain jangan segan,speak out ka,mintak tolong,kita tak kan mampu nak pulih sendiri,jangan segan.

Itu je lah coretan tahun baru kali ni dari CikSue ,semoga kita semua terus sukses dan tenang dalam hidup masing-masing ye,love u olllllssss.......















8 comments

  1. Banyak cabaran tahun 2021 ni.. apa apa pun all the best kak sue :)

    ReplyDelete
  2. memang tahun 2020 dan permulaan 2021 yang mencabar, semoga ujian ini menjadikan kita lebih dekat dengan Allah dan beringat padaNya

    ReplyDelete
  3. semoga cepat-cepat berlalu covid 19 dan semoga tabah yang mana menghadapi bencana banjir. turut didoakan untuk sue dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
  4. baru january macam macam cabaran.. semoga tahun ini lebih baik ya :)

    ReplyDelete
  5. semoga 2021 labih baik dr thun 2020
    Aamiin InsyaAllah

    ReplyDelete
  6. WOW Norwex gituuu hehehee :)
    Selamat Tahun Baru Sue Izza!

    ReplyDelete
  7. Semoga lepas ni semuanya yang baik-baik untuk kak sue dan keluarga.

    ReplyDelete