Teman baik ibu mengandung kejang/krem kaki : Garci Pro Gel

Sejak-sejak masuk trimester ketiga kandungan ni, krem kaki malam-malam waktu tidur memang tak boleh elak la,”simpul biawak” orang kata. Siapa yang pernah kena tahu la apa rasanya,boleh meraung tau, air mata tak yah cakap la, kena pulak dengan perut makin membesar nak bangun buat regangan pun payah, nangis je la mampu. Selain tu masalah Cik Sue ni sakit lutut dari sebelum mengandung lagi, dah dekat setahun solat guna kerusi, sendi lutut memang sakit akibat kecederaan dan jatuh banyak kali, kena pula berat badan makin naik waktu mengandung memang selalu ngilu, kebas dan sakit dua-dua lutut. Nak duduk tahiyat  memang azab la, berair mata tengah solat, jadi solatlah guna kerusi.

Jadi masalah ye bila sakit lutut dengan mengandung membawa perut lagi ,pergerakan jadi terbatas, mana lagi nak jaga perut, mana lagi nak jaga sendi dan lutut risau salah step kang sakit pulak, seksa ye rasanya, bila waktu cuaca sejuk terutamanya,rasa ngilu dan kebas di betis, lutut dan jari-jari kaki. Pakej pula ibu mengandung selalu sakit pinggang akibat perubahan keadaan badan,haaa cukup lengkap la ye.

Alhamdulillah, ada kawan cadangkan Cik Sue cuba satu gel urut ni untuk melegakan masalah Cik Sue tapiiiii Cik Sue ni skeptikal sikit dengan krim dan losyen sebab dah banyak cuba pakai, tak de kesan pun,tak rasa apa, kalau rasa pun panas sekejap je lepas tu sakit balik dalam masa yang singkat,tambahan pula losyen yang berminyak-minyak lekat bau kat kain baju,aduiiii tak suka la.


Tapiiii krim yang ini tak macam tu, memang lain dari yang Cik Sue guna sebelum-sebelum ni, krimnya ialah Garci Pro Gel. Cik Sue pun kali pertama tahu kewujudan gel urut ni bila dicadangkan oleh kawan,tak pernah tahu pun. Bila dah ada dan cuba guna dalam 2 minggu lebih,memang dah jatuh suka dengan gel urut ni,memang datang tepat pada masanya.Dan rasanya memang akan guna terus sampai dalam pantang ni, memang sesuai sangat.

Apa itu Garci Pro Gel?

Garci Pro Gel adalah gel urut berasaskan minyak kayu putih atau Eucalyptus Oil dan gabungan Aloe Vera,Epal Hijau,Minyak Argan serta Daun Pudina. Sebab tu Cik Sue baunya bukan macam minyak urut,wangi bau epal tu best je bila sapu,teksturnya pun ringan dan lembut tak berminyak ,bila sapu je cepat meresap ke kulit dannnn tak panas menyengat pun,bila sapu tu berangin sejukkkkk je.Tapi tetap dapat hilangkan lenguh-lenguh dan kebas kaki lutut Cik Sue ni.


Sekarang ni sebelum tidur mesti sapu kat betis sampai tapak kaki,masa ni la nak manja-manja ngan suami kan,ye laaa mak buyung dah tak sampai nak sapu krim kat kaki sendiri okeyyyy,kena la suami tolong,pahala ye heheheh.Dah sapu seluruh lutut sampai ke tapak kaki dan jari-jari terus pakai stoking, memang best sangat tidur malam, dah jarang la nak kena simpul biawak aka krem di malam hari tu.

Kenapa kena cuba Garci Pro Gel ini?

Rupanya Garci Pro Gel ni banyak manfaatnya selain dapat membantu legakan kebas dan krem kaki, antaranya :

-Melancarkan pengaliran darah dan merawat saliran darah tersumbat.

-Bantu melegakan kekejangan otot dan sendi

-Bantu melegakan sakit urat dan sakit lutut

-Membantu mengelakkan risiko strok dan serangan jantung mengejut.

-Bantu melegakan selsema dan sakit kepala juga.

-Bantu melegakan sakit perut dan masalah senggugut serta angin dalam badan.

Hah,memang sesuai sangat la dengan Cik Sue yang badan asyik berangin je ni,tengok kepada manfaatnya tu memang sesuai la Cik Sue guna dalam pantang nanti kan, terutama tuk legakan angin dalam badan tu, eh jangan main-main tau boleh sesak nafas pedih hulu hati bila angin menyerang huhuuuu.


Cara penggunaan pun mudah je,hanya picitkan sedikit sahaja gel di tapak tangan dan sapu di Kawasan sakit,tangan pun tak rasa panas lepas tu selamat je nak pegang anak,pastu urut la perlahan-lahan di Kawasan yang sakit tu.Bagus gel ni semua pun boleh guna lelaki ke wanita ke yang ada masalah kebas ,sakit saraf,sakit sendi dan
ahli sukan pun sesuai
sangat.Cik Sue suka gel dalam bekas tiub macam ni senang bawa ke mana-mana,masuk je dalam handbeg,mudah.


Tapi ada tips juga tuk penggunaan gel ni tau kalau sakit kebas kurang dari 6 bulan di nasihatkan guna 3 kali sehari pagi,petang dan sebelum tidur.
Untuk kebas lebih dari setahun dan strok di nasihatkan sapu gel 4 jam sekali untuk lebih keberkesanannya.

Memang berbaloi guna gel ni sebab tak perlu guna banyak pun,Cik Sue pun dah niat nak order nak poskan ke ma abah kat kampung,diorang suka la krim atau gel macam ni wat sapu hilang lenguh-lenguh dok buat kerja kebun tu,malam-malam sambil rehat boleh sapu-sapu dulu sebelum tidur.Ma tu pulak selalu sakit tumit,memang sesuai Cik Sue rasa nak bagi hadiah,ye la nak balik tak boleh rentas negeri kita pos je la hadiah tuk kesihatan mereka kan.






Kalau korang nak cuba juga bolehlah dapatkan maklumat lanjut dekat link yang Cik Sue bagi kat bawah ni ye:

 

Web : https://gelcegahsaraf.com/

Facebook : https://www.facebook.com/gelsarafHq

Instagram : https://www.instagram.com/garcipro_malaysia/

Okeylah,Cik Sue pun nak pergi mintak Mr D urutkan kaki betis dan pinggang dengan Garci Pro Gel,memang melegakan badan korang pun patut cuba tau.

6 comments

  1. Ai rajin juga cuba losyen or krim kaki ni. Kalau melekit-lekit memang auto reject. So, boleh try yang ni untuk lenguh2 kaki ai.

    ReplyDelete
  2. Lisa selalu kena simpul biwak, pkai yoko yoko tk jalan masih sakit lagi. Kena cuba pakai ni la .

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Tengok packaging pun dah nampak kesegaran dia. Saya pun suka yang tak melekit2.

    ReplyDelete
  4. Ramai kata bagus..nak kene try juga la ni..badan pun asyik lenguh2 je

    ReplyDelete