Logo KBBA

Rindu nak jalan-jalan dan staycation

Alhamdulillah,angka makin menurun setiap hari kebelakangan ni,angka apa? Kes baru Covid la,moga terus menurun dah dapat mencapai sifar kes nanti,Aminnnnn….Bukan apa,dah lama tak bergerak bebas kan? Terutama yang nak balik kampung jenguk orang tua,yang ada urusan sakit pening,dannnn yang paling terkesan pastinya industri pelancongan la,pelancong asing pun tak boleh masuk,kita pun tak boleh melancong sewenang-wenang je.

Harap-harap dapat la staycation  sekejap sebelum bersalin ni,dekat-dekat pun tak pe lah.Nak ubah angin legakan stress dan tepu kepala duduk rumah seorang mak buyung ni huhuu.Macam Cik Sue ni dok di Dengkil,banyak juga sebenarnya pilihan di kawasan sekitar tak payah nak pergi jauh-jauh sangat.Tapiiiii Cik Sue teringin nak lepak Port Dickson sebenarnya hehehe,rindu lama dah tak pergi sana,last pergi masa awal tahun 2018 tak silap dengan family mertua,tu pun satu malam je,bawa Humaira kecil lagi.

So,tak pe lah walau masih PKPB pun,layankan perasaan je la buat tentative ,cari maklumat lokasi menarik dan hotel  semua kan,Insya Allah moga di izinkan,nak berehat je sebenarnya,tambahan Mr D pun dah mula stress dengan kerja dan masalah-masalah seharian,ye kami perlukan staycation untuk rehatkan minda serta berubah angin untuk mood yang lebih baik.

Lokasi pilihan.


Cik Sue ni tidaklah cerewet sangat dengan penginapan dan hotel tapi kali ni sebab niat memang nak berehat bukan nak berjalan sangat,so nak habiskan banyak masa di hotel je,berehat,tenang-tenang gitu.Dok tengok-tengok dan mencari,teringin pula nak menginap di Lexis Hibiscus Port Dickson ni.

Nampak menarik dan sangat privacy,yang paling Cik Sue suka kolam dia khas untuk kita ikut bilik,yeayyyy aurat terjaga dan tak yah campur-campur dengan orang lain kang jadi kluster lexis plak oppppsss.Dah la kawasannya pun cantik ,pesisir laut,petang-petang boleh berehat layan sunset,order je makanan room service wahhhh betul-betul nak restkan.Tambahan banyak juga aktiviti kat hotel tu kalau anak dan suami dah boring dok kat bilik,haaa pergilah layan macam-macam aktiviti tu ye,ada jet ski,nak sewa basikal pun boleh,ada gym,tempat mainan kanak-kanak,ibu rest je kat bilik,menikmati bayu laut gituuuuu.


Setakat yang Cik Sue review yang pernah menginap kat situ memang puas hati dengan service diorang.Makanan,perkhidmatan dan layanan semua tip top katanya,lagi la tak sabar nak merasa ni.Wifi pun laju bolehlah layan Netflix dalam bilik heheheh,sambil menikmati koktail di kala matahari terbenam eh berangan lak diaaaa hehehe.





Restoran dan CafĂ© pun ada kalau nak lepak kat luar,ngeteh orang kata hehehe,sambil-sambil ambil angin sekeliling Kawasan hotel,nak photoshoot ke kan,cantik tau Kawasan tu.Lexis ni pun banyak juga tarikan menarik di sekitarnya.Dekat dengan Tanjung Biru tempat pikinik terkenal tu,dekat juga dengan Funny House Port Dicskon,Pantai Cermin,nak jalan-jalan kampung nelayan pun dekat je,Ostrich Farm dan Rumah Terbalik pun dekat je.Masa datang atau nak balik boleh la singgah,tempat makan pula tak payah risau ye,bersepah sepanjang jalan,korang google je,mesti ada yang berkenan,kot nak minum-makan tepi pantai pergi je mana-mana pantai area situ.

Tapi Cik Sue ni tak berapa suka mandi laut,hanya suka dok lepak-lepak menikmati angin laut je heheh jadi memang dah set dalam kepala nak rehat puas-puas je,jadinya piknik tu tiada dalam program la,lagipun panas la hahahha ngada je kan.Eh boleh ke piknik berkelah bagai,nak kena jaga SOP pulak kan,haaa tak payah la,kita lepak hotel je.

Tempahan hotel dengan harga berbaloi

Oh ya,dok plan-plan nak bercuti ni,dok survey-survey hotel bagai nak kena hati-hati juga ye.Banyak Cik Sue dengar kes kena tipu dengan agen la penjual kupon atas talian la konon ada promosi harga murah bagai,sekali pergi dah excited nak staycation,alih-alih kena tipu pulakkkkk.

Haaaa nangis tak berlagu la jawabnya,bagi Cik Sue kalau nak harga berbaloi banyak je website tempahan hotel boleh korang terjah dan bandingkan harga yang terbaik korang boleh dapat tau,tak payah la dok percaya ntah sesapa tu,sekurangnya walau mahal sikit la,tapi puas hatikan.Lagipun banyak je diskaun dalam web tempahan tu pilih je ikut yang korang suka tawaran yang di buat.Tengok korang suka yang macam mana,baca review dan pilih,senangkan.Apa-apa hal pun ada customer service boleh buat aduan kalau ada masalah,lebih terjamin.


Cik Sue suka buat tempahan hotel dan survey tempat percutian melalui website Traveloka je,Alhamdulillah setakat ni tiada masalah lagi,semua berjalan lancar tuk percutian sebelum-sebelum ni.Korang pun try la,Insya Allah berbaloi.

Moga Covid cepat pergi

Harap angan-angan Cik Sue ni tercapai la,jom la kita doakan Malaysia bebas Covid,walau ada yang kata tak mungkin akan terhapus dalam beberapa tahun ni,kalau dapat dua angka atau tiada kes baru berturut setiap hari pun dah lega kan? Sesungguhnya kesan Covid ni sangat la mengganggu kehidupan ye.Mari kita doa banyak-banyak,tak payah nak menyalahkan sesiapa,kita jaga diri masing-masing ye.

Rindu sangat dah ni nak berjalan dengan bebas.



1 comment

  1. tunggu boleh rentas negeri je kan.. kita dah pernah stay lexis hibiscus nie.. mmg best dan nk repeat lg lps nie

    ReplyDelete