Shopping Baju Raya di Butik Pakaian Hari-Hari Memang Berbaloi.

Raya tinggal beberapa hari je lagi,dan untuk tahun kedua kita beraya dalam PKP lagi,akibat pandemik Covid19 yang melanda dunia, yang mana tiada lagi  istilah dan kemeriahan balik kampung serta keluar beraya ,kunjung mengunjung saudara -mara sahabat handai.Tiada lagi rumah-rumah terbuka,kemeriahan makan-makan bersama ,tiada kemeriahan kesesakan jalanraya bila warga kota berpusu-pusu balik kampung,jem jalan beraya sana sini,Allahhhhhh boleh berlinang air mata rasa bila di kenang.

Tapi itulah,apalah daya kita,hanya mampu bertahan dan positifkan diri sendiri,sedangkan hati dah remuk redam rasa,kalau dulu yang kerja dan duduk jauh luar negara je yang sebak di pagi raya tapi sekarang yang sebelah negeri pun berlinang air mata pagi raya,sebab tak lepas nak beraya dengan mak ayah.Bertabahlah kawan-kawan semoga tahun depan masih ada untuk kita.

Tapiiiiii walau pun beraya tak boleh kemana,kita raikanlah hari kemenangan setelah sebulan berpuasa ye,jangan terlalu bersedih,kita rayakan dengan cara yag termampu,terutama gembirakan hati anak-anak kita,biar ada suasana hari raya juga walau terbatas.Cik Sue tahun ni tak buat persiapan beria untuk hari raya sebab sibuk persiapkan barang-barang baby dan persediaan tunggu hari nak bersalin,kena pulak due date bersalin beberapa hari lepas raya,jadi mood lebih kepada gementar nak balik labour room ni huhuuu.Jadi awal-awal puasa hari tu Cik Sue dah siapkan baju raya anak dan suami,memandangkan baju-baju lama Humaira semua dah singkat,haihhhcepat betul tinggi,dan Mr D pun dah tak muat baju melayu lama (sihat sangat badan naik hehehehe) 


Mulanya nak pergi mall atau butik cari yang berkenan,atapi Cik Sue ni dah sarat,Mr D pun tak berapa setuju,risau jugak kan dengan Covid ni nak berjalan bagai masa tu la awal puasa belum PKP lagi huhuu,nak beli online ,bab baju ni Mr D payah sikit ,nanti tak muat la tak berkenan la nak kena tengok depan-depan baru puas hati,kena cuba dulu.

Jadinya minggu pertama puasa tu kami sempat la singgah Sri Serdang nak cari barang terus singgah juga Butik Pakaian Hari-Hari sebab tengok macam penuh je kedai dengan stok baju raya hehehe,terus ajak Mr D masuk.Dulu zaman-zaman bujang dok Shah Alam suka shopping kat Hari-Hari ni cari kain baju,harga memang berbaloi sesuai kualiti,lepas kawin dah jauh jarang la pergi,ni pun baru tahu ada cawangan kat Sri Serdang ni.


Jangan risau ye,di setipa cawangan SOP terjaga,macam masa Cik Sue datang ni dia hadkan pelanggan yang masuk dalam kedai.Bagus juga,jurujual pun tak ramai senang nak layan.Kedainya pun tak besar sangat ruang jadi lebih selesa la bila di hadkan macam tu,senang nak pilih-pilih tak de la berlaga bontot je hahahahah.Masuk-masuk je wahhhhh banyak juga pilihan untuk seisi keluarga,kalau sebelum-sebelum ni gigih Cik Sue hantar kain kat tailor kegemaran kat PKNS Shah Alam sana,tapi dengan pandemik melanda dah lama giler tak gi kedai auntie tu tempah baju huhuuu.Rupanya kat Hari-Hari ni pun berbaloi juga nak shopping pakaian raya yang dah siap,jahitan pun agak kemas dan banyak design boleh pilih.Ada satu set untuk keluarga tapi kena pandai cari la diaorang tak letak sekali hehehe.






Banyak pilihan kalau pergi awal-awal,dan saiz pun banyak lagi tapi bila dah akhir-akhir ni nasib la ye heheheheh,kalau jenis badan saiz biasa-biasa ok la,jenis yang besar -besar payah skit la hehehehe.Yang bestnya baju budak-budak pompuan banyakkkkkk design cantik-cantik,rambang mata pulak nak pilih mana yang berkenan,Humaira pula nampak teruja cari sendiri baju raya dia,ye lah dah besar ada pilihan sendiri kan,tak pe lah kita gembirakan dia sekuranya ada kenangan musim-musim Covid ni,dah la hari-hari dok tanya bila nak balik rumah atuk nenek Lipis,adoiiii sebak ibu nak oiiii huuu dia pun dah tahu erti rindu.Bestnya baju dewasa pun banyak juga pilihan kat Hari-hari ni,kualiti kain pun best,baju melayu lelaki pun banyak paten dan design lawa-lawa,ada kurta juga,songkok dan sampin pun ada senang kan ,semua setempat mudah nak matching dan cari lengkapkan satu keluarga.







Lega rasa sebagai ibu yang nak menyiapkan anak dan suami bila semua dah lengkap,mudah kerja,tak payah nak bengkak kaki jalan jauh-jauh dan lama-lama,maklumlah muatan berat heheheh.Alhamdulillah dapat juga sedondon satu family,cuma baju Cik Sue ambil saiz normal waktu tak mengandung la,sebab mana ada saiz orang mengandung hahahaha perut dah besar ni,tak pe lah nanti raya haji boleh pakai sama-sama,buat raya ni Cik Sue pakai baju lain dulu la hehehhee.So Cik Sue tema warn aapa raya ni? tungguuuuuuuu hehehehehe

Free Gift dari Butik Pakaian Hari-Hari 

Bagi promosi raya kali ni Butik Pakaian Hari-Hari akan bagi free sampul raya dengan pembelian RM100 ke atas dan Beg shopping ungu untuk pembelian RM200 keatas bermula 23 April di semua 85 cawangan butik ini,haaaa bestkan.cepat shopping sekarang,masih ada masa lagi,cari cawangan dalam daerah korang ye maklumlah dah tak boleh rentas daerah ni.



PKP macam mana nak gi shopping? Boli online je,senang.

Ye lah dah PKP ni Cik Sue tahu ramai yang mengeluh tak semat nak prepare baju anak-anak dan keluarga kan,awal-awal hari tu sibuk dengan kerja yang tak habis-habis,jangan risau ye mak-mak,Butik Pakaian Hari-Hari ni korang boleh juga beli melalui online,pilih je dan nanti di hantar,boleh klik di www.ehari.com atau pergi je ke Shopee dan cari butik Hari-Hari,mudahkan,dan berita baiknya ada diskaun 15% lagi haa berbaloi kan? 



Alhamdulillah selesai baju raya tuk family Cik Sue,ohya dengan bajet bawah RM250 selesai baju kami 3 beranak tu pun tambah pakaian basahan humaira lagi,berbaloi sangat shopping di Hari-hari,korang pun carilah ,kita meriahkan raya walau di rumah,boleh ambil-ambil gambar buat kenangan pun ok dah,walau tak boleh balik kampung,gembirakan hati anak-anak dan keluarga,sunat juga an berpakaian cantik di pagi raya tanda kita raikan kemenangan menahan lapar dan dahaga sebulan berpuasa.Semoga amalan ibadat kita di terima Allah dan kita pakat doa banyak-banyak cepatlah Covid ni lenyap dari muka bumi untuk kita hidup seperti dulu semula,Allahhhhh nak taip pun sebak,rindu keluarga di kejauhan.

Website : www.ehari.com

Instagram : www.instagram.com/harihariofficial

7 comments

  1. shopping sakanms hari hari tuuhh.. 😅

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, budak-budak laa paling seronok dapat beli baju baru...

    ReplyDelete
  3. Bestnyee dah beli baju raya, kitorang tak beli lagi. Last2 pkp pulak hehe

    ReplyDelete
  4. seronok kaklong shopping raya. pakai cantik cantik ya dengan ibu ayah ..

    ReplyDelete
  5. Paket raya tu comel ya amat. Ramai minta Ai tapi Ai tak nak bagi.

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing the valuable information.BICSI Data Center Design Consultant (DCDC) Certification teaches the candidates the necessary technical skills to implement on various facets within data center design. The certification will provide the professionals with an in-depth understanding of mechanical, electrical and telecommunications systems, reliability needs, security needs, and building requirements.know more: dcdc

    ReplyDelete