Logo KBBA

BAYAR ZAKAT LZS DENGAN CARA LEBIH MUDAH

 

Assalamualaikum ,hai semua….

Dah hujung-hujung tahun ni ,dah selesai ke bayaran/potongan zakat korang? Ha…bayar kat negeri kelahiran bukan negeri bekerja? Hurmmmm…bukanlah tak boleh tapi kalau ada kesusahan atau apa-apa kecemasan yang memerlukan bantuan pusat zakat ,kan nak minta bantuan kat tempat tinggal kita,kang minta kat tempat kelahiran ,pusat zakat sana tak mau bagi pula sebab kita tinggal kat negeri lain,pendapat Cik Sue bayarlah di tempat bekerja dan tinggal.Mudah nanti apa-apa hal.




Jangan buat mudah Zakat ni tuntutan ye,Salah satu rukun Islam bagi yang mampu ye,kecuali la korang golongan Asnaf atau penerima zakat.Yang mampu tu tunaikanlah kewajipan berzakat ye,selain harta lebih di berkati,pahala berganda sebab membantu golongan asnaf yang memerlukan.Terutama yang terkesan dengan pandemic Covid19 sekarang,tambahan di bandar besar macam Kuala Lumpur dan Selangor ini ye,jangan ingat tak de asnaf di sini,statistic menunjukkan asnaf mkin bertambah ye akibat pandemic.

Jadi zakat anda semua tu sangatlah membantu ye,alaaa bayar zakat kang entah sampai ke tidak kat asnaf tu.Hurmmmm kewajipan kita membayar Zakat,penerima zakat dan badan bertanggungjawab tu amanah atas dia la nak buat kerja menyantuni Asnaf semua,kalau mereka tak menjalankan amanah haaa menjawab la di sana nanti,yang penting kita dah tunaikan tanggungjawab kita.

KENAPA PERLU BERZAKAT ?

Setiap sesuatu yang Allah SWT perintahkan kepada kita untuk tunaikan mestilah mempunyai pelbagai hikmah di sebaliknya. Antara hikmah-hikmah daripada pengeluaran zakat ini adalah :

  1. Mewujudkan sifat sentiasa bersyukur terhadap nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.
  2. Memberi peluang kepada golongan berada dan yang berkelebihan dari segi harta-benda untuk melakukan ibadah terhadap harta yang mereka miliki.
  3. Membersihkan diri mereka yang mengeluarkan zakat.
  4. Membersihkan dan menyuburkan harta mereka yang mengeluarkan zakat.
  5. Mengagihkan sebahagian kecil dari harta mereka kepada golongan yang memerlukan.
  6. Mengurangkan perasaan iri hati golongan kurang berada terhadap golongan hartawan.
  7. Mewujudkan perhubungan antara manusia dengan Allah dan antara sesama manusia.
  8. Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat dalam urusan ekonomi dan kewangan.
  9. Memberikan masyarakat tentang satu cara pengurusan kewangan dan ekonomi ke jalan yang diredhai Allah SWT.
  10. Melahirkan rasa tenang dan tenteram di dalam jiwa kita.

 

KINI BAYAR ZAKAT LEBIH MUDAH

Dunia semakin moden,tak perlu dah mencari amil zakat atau ke pejabat zakat,terutama yang uzur atau ada halangan tidak dapat keluar.Segalanya di hujung jari kini,pilih sahaja saluran yang mana nak di gunakan,Insya Allah akan sampai,di yakini dan boleh gunakan tanpa was-was.




Antaranya melalui laman web LZS ,online banking pelbagai jenis bank,laman web LZS,ezakatPay,JomPay,TouchnGo Ewallet,Boost dan macam-macam lagi ye,malah bulan Disember ni boleh gunakan kad kredit Islamik di Portal LZS secara online,jadi tiada alasan lagi susah nak pergi bayar zakat.


BAYAR SAJA DI ATM

Yang terbaru juga korang boleh bayar di ATM je ,antara bank yang boleh adalah OCBC Bank,korang pergi je ke ATM OCBC masukkan kad dan ikut arahan yang di berikan,mudahkan? Bank-bank lain yang terlibat pun banyak seperti RHB Bank,CIMB Bank,Maybank,Public Bank dan eh banyak lagi lah boleh check ye di laman web LZS nanti.


TUNAIKAN ZAKAT,MENANG DAN KONGSI



Berita baik untuk pembayar zakat sekalian,bermula 15 November 2021 hingga 31 Disember 2021 ini LZS mengadakan kempen “ Jom Tunai Zakat “Menang & Kongsi” dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji di mana pembayar zakat di LZS akan layak menyertai dan memenangi hadiah berupa Simpanan Tabung Haji.Dan hadiah kemenangan itu akan di kongsi dengan asnaf terpilih,wahhhh seronokkan,dengan hadiah kemenangan boleh pulak di sedekahkan kepada asnaf,pahala berganda tu,Alhamdulillahhhh,seronok tau buat orang gembira ni,cubalah.Untuk maklumat lanjut korang boleh klik https://my2point5.zakatselangor.com.my/

MARI TUNAIKAN KEWAJIPAN 

Zakat ini bukan beban ye tuan-tuan ,puan-puan ,inilah hadiah Allah untuk kita bagi menyucikan segala harta yang akan jadi darah daging kita nanti,jangan rasa terbeban,Insya Allah dengan berzakat,hati akan tenang,jiwa pun lapang,pahala pun dapat,malah mampu memberi senyuman dan kegembiraan buat saudara-saudara kita yang memerlukan.





Web : https://www.zakatselangor.com.my/

Facebook : https://www.facebook.com/zakatselangor

Instagram : https://www.instagram.com/zakatselangor/

No Telefon  : 1-300-88-4343 (9:00 pagi hingga 4:00 petang)




2 comments

  1. Jom bayar zakat online sama2. Kot2 boleh menang sama2 kan?

    ReplyDelete
  2. Memamng mudah bila secara online, tak perlu beratur lama dah kan....jom jalankan tanggungjawab kita

    ReplyDelete