Logo KBBA

Jalan-jalan cuti sekolah di Melaka

Assalamualaikum, hai semua.. cuti sekolah kali  ni buat apa je? Haa tahun ni Cik Sue rasa nak  bawa anak-anak ke Melaka Bandaraya Bersejarah la nanti. Negeri yg kecil, lebih kurang 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur.



Hotel Melaka pilihan Cik Sue ialah Eco Tree Hotel yang terletak di Taman Melaka Raya, Pusat Bandaraya Melaka. Kali ni rasa macam nak jelajah bandar Melaka, jadi hotel ni memang sesuai lah. Boleh jalan kaki je kalau nak ke Mahkota Parade. Cik Sue booking guna Traveloka, sebab dia ada macam-macam Promosi! Yang menarik pada Cik Sue ialah promosi Cuti-Cuti Malaysia #supportlokal sebab dia bagi 10% diskaun untuk hotel tempatan! Bukan tu je, promosi ni ada bagi pakej diskaun untuk pelanggan yang menaiki pesawat domestik. Juga ada diskaun jika telah lengkap vaksinasi. Rasanya sekarang ni dah ramai rakyat Malaysia yang dah lengkap vaksin.. apa lagi, boleh la guna promosi Traveloka ni! Jom ramai-ramai!


Bukan hotel Eco Tree ni je, tapi banyak lagi hotel-hotel lain yang boleh booking guna promosi Traveloka ni. Kat Melaka ni memang banyak, ikut je jenis bajet apa yang sesuai. Macam Cik Sue ni bajet sederhana.. bila dah ada anak-anak tak sesuai la nak backpacking lagi. Nak duduk hotel mahal tu kena buat bajet tahunan dengan cik abang pulak. Hehe. Korang boleh cuba tengok senarai hotel-hotel dalam promosi tu kat sini ye.

Oh ye, kalau ada yang nak ke Langkawi pun boleh guna promosi Traveloka! Potongan hingga 20% untuk hotel promo, penerbangan dan aktiviti kat sana ok. Bukan main lagi! Pendek kata, macam-macam lah promosi hotel Traveloka ni.

  

Harapnya  anak-anak gembira bila dapat ke Melaka ni. Dari tingkap hotel mereka dah boleh nampak  Menara Taming Sari. Ye lah, hotel di tengah bandar. A'Famosa pun dekat je, bila dah sampai sana memang boleh terus aje ke Jonker Street. Cuma larat atau tak aje lah. Budak-budak ni memang bertenaga, mak ayah budak ni ha yang jadi mangsa. Haha..

  

Bukan sekadar lokasi je buat Cik Sue nak pilih hotel ni, tapi kemudahan dan kebersihannya pun menarik. Ada disediakan parking kereta, lif, sarapan dan yang paling ditunggu anak-anak ialah kolam renang. Bukan anak je, mak nya pun suka juga kan? Bilik nya pun selesa, ada air-cond, peti sejuk, pengering rambut dan macam-macam lagi. Harga pulak tu memang berpatutan. Bila dah dapat Traveloka diskaun, lagi la gembira kita tengok harga hotel tu! Duit lebih boleh la digunakan untuk makan sedap-sedap dengan keluarga.. tak gitu?

 

Malam hari di Melaka, cadang nya nak naik River Cruise. Tak jauh jugak dari hotel. Bila naik waktu malam, cahaya lampu tu kat kedai-kedai tu yang buat menarik. Memang dah disebut-sebut jugak oleh budak-budak ni, katanya nak naik bot di tengah bandar. Konon macam kat Venice la, cuma bukan gondola je.

 Lepastu takde apa lah, cuma nak cari tempat makan minum je. Nak pegi beratur beli kuih keria Antarabangsa, nak beratur lagi beli Coconut Shake. Alang-alang ke tempat ni, singgah la ke Pantai Klebang. Katanya dah baru, ada Dataran 1 Malaysia lagi kat sana. Nak pegi tengok apa yang menarik. Kalau bab makan memang tak perlu risau lah rasanya, selagi berada dalam Malaysia ni InsyaAllah makanan Halal tu senang je nak cari. Cuma kena buat pilihan je lah, kalau boleh! Haha..

Ok lah, setakat ni je post Cik Sue. InsyaAllah kita jumpa lagi selepas Cik Sue balik dari Melaka. Harap kawan-kawan semua selamat di mana saje, dan sentiasa patuhi SOP negara ni dalam fasa pendemik.  

p/s Korang bercuti ke mana? 

5 comments

  1. Lama sangat dah ni tak pergi Melaka.. Rindu! :D

    Daftar Syarikat merupakan Pendaftar Syarikat yang berdaftar dengan SSM.

    ReplyDelete
  2. last gi Melaka tak ingat bila. rindunya rasaaa

    ReplyDelete
  3. Baru balik cuti Melaka bulan lepas. Melaka memang port cuti favorite kak Nina sekeluarga. Lain kali nak booking apps traveloka

    ReplyDelete
  4. Lama dah tak ke Melaka ni. Nanti planning nak cuti di sana

    ReplyDelete