Logo KBBA

Bonnisan Himalaya Bantu Naikkan Selera Makan Anak.

 Makan bertemankan rotan,makan dengan suara garang ibu....ye itu dah biasa bagi Humaira sejak dia 3 tahun,dia mula jadi "picky eater" atau susah makan,kekadang tak makan langsung,hanya minum susu je.Mak mana yang tak stress,ada tahap sampai menangis berdoa kat Allah,risau anak sakit atau tak cukup zat.Tapi si anak rilek je sepanjang hari ,susu,biskut,roti gandum je yang dia telan.Yang lain semua tolak.

Bila dah sekolah ingatkan ada kawan-kawan bolehlah mencuba makan macam-macam kat sekolah.alih-alih cikgu dan acik pengasuh pun mengadu dia tak nak makan,kena paksa cuit la sikit.Adoiiii pening kepala ibu.

Hujung tahun baru ni ada kawan cadangkan ambil Bonnisa dari Himalaya.Produk Himalaya ni memang Cik Sue sendiri pun guna untuk dewasa dan kesihatan wanita sebelum ni,memang bagus sebab bahannya 100% dari herba ,tak perasan pula ada supplement atau ramuan herba untuk naikkan selera makan anak-anak,jadi kita cuba la.



Humaira kalau supplement jenis sirap/cecair ok je dia ,boleh je telan tak de masalah kecuali yang rasa pelik-pelik la,mula-mula buka Cik Sue cuba la dulu ,kang tak sedap dia tak mahu pula.Alhamdulillah ok je ,jernih tak de warna,rasa sedikit berangin.Cuba bagi Humaira konsisten selama 2 minggu juga la,syukur dia boleh terima,Cik Sue bagi pagi sebelum ke sekolah atau sarapan,dan petang sebelum dinner.Antara cara pengambilan yang di syorkan seperti di bawah : 

Cara Pengambilan :
Anak umur 1 tahun : 2 sudu teh
Anak umur 2 tahun : 2 - 3 sudu teh
(untuk 3-4 kali sehari selepas makan)

*Goncang dulu sebelum minum , simpan di tempat kering .. tak perlu letak dalam peti sejuk*



Kesan selepas seminggu ambil Bonnisan,walaupun masih picky eater dan makan bersuap tapi kuantiti makanan yang masuk mulut dia dah bertambah,hoyeahhhhh ibu sangatlah gembira.syukur sangat.Ye la risau tak cukup zat,dengan kurusnya.Nak bawa beg sekolah pun mengah,baru tadika ,belum masuk darjah satu nanti huhuuu.

Syukur sangat-sangat dia pun dah mula berminat nak mencuba makanan yang ibu ayah makan macam buah-buah ,kek,kuih-muih yang lembut-lembut,nasi pun dah pebagai lauk pauk.Puas rasa hati.

Terbaru ,cikgu tadikanya bagitau dia dah mula mahu makan kat sekolah,dengan kawan-kawan,dah mula makan nasi goreng ,kuih,muffin dan buah-buah yang pembantu sediakan,Ya Allahhh happy sangat rasa,cikgu pun kata seronok dah tengok.


Insya Allah ,nak teruskan pengambilan Bonnisan ni tengok perubahan selera makan Humaira nanti,moga dia membesar dengan sihat dan cergas,jauh dari segala penyakit.

Khasiat Bonnisan Himalaya

-Berguna untuk rawatan gangguan gastrousus usus kanak-kanak seperti sakit perut kolik , diarhoea , kurang minat dalam makanan dan kembung perut

-Melegakan kejang otot di sebabkan sakit kolik dan memerangi jangkitan kronik
-Meningkatkan penghadaman dan metabolisme kanak-kanak
-Meransang selera makan
-Bahan kandungan yang selamat dan halal

Korang kalau ada anak susah nak makan atau memilih makan,cubalah Bonnisan ni,Cik Sue rekemen,bahan pun dari herba semulajadi seperti Dill Oil,Cardamom,Indian Long Pepper.Korang boleh google rupa bahan ni ye.Produk Himalaya ni memang sepenuhnya dari herba ,Cik Sue yakin dengan bahan-bahannya.




Korang boleh dapatkan di outlet-outlet Himalaya serata Malaysia,di mall-mall biasanya,atau boleh dapatkan maklumat di link kat bawah ni ye.Cubalah,kita ikhtiar untuk kesihatan anak-anak.


Maklumat lanjut:


Website : https://www.shophimalaya.my/
Facebook: https://www.facebook.com/HimalayaMalaysia1930
Instagram : https://www.instagram.com/himalayamalaysia

3 comments

  1. thanks for sharing.. follow awak

    ReplyDelete
  2. Kak Nina pun pernah bagi Eilhan makan bonissan. Memang berkesan, naik selera dia nak makan. Lega mak

    ReplyDelete
  3. Produk Himalaya mmg bagus bagus !

    ReplyDelete