Beli kelengkapan sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari

Cepat masa berlalu,Kakak Maira dah nak masuk darjah 1 sesi persekolahan baru akan datang,terasa makin tua ibu,anak dah makin besar eh tiba sebak huhuu.Maka bermulalah rutin baru untuk ibu menyediakan kelengkapan persekolahan formal kakak.Terutama bab pakaian ,ibu la kena uruskan,ayah memang tak sempat la,kerja tak tentu masa.Alhamdulillah kakak dapat sekolah yang dekat dengan rumah,sekolah kebangsaan dan sekolah agama pun sebelah-sebelah je,cuma risau sikit dia tak biasa sekolah besar,tuk tadika di Kemas ,bangunan asing dan tak ramai muridnya,moga-moga dia boleh sesuaikan diri nanti.

Kenapa pilih Pusat Pakaian Hari-Hari? 

Cik Sue memilih Pusat Pakaian Hari-Hari untuk membeli kelangkapan sekolah kakak,kenapa memilih kedai ni? Sebab semua serba lengkap dari set baju,kasut dan beg malah aksesori semua pun ada seperti anak tudung,stokin,kain dalam,legging,singlet malah sapu tangan pun ada ye,pilih je semua cukup lengkap.Tak perlu penat-penat menapak dari kedai ke kedai atau berpusing dalam mall mencari semua.Dan lebih jimat bila beli semua satu resit ada diskaun biasanya.


Harga kelengkapan sekolah pun berpatutan di sini untuk golongan marhaen macam Cik Sue ni,dan kualiti pakaiannya pun masih puas hati la,tidaklah teruk sangat.Kalau anak jenis yang cermat sempat la tahan setahun persekolahan,serta banyak pilihan jenama juga ye di sini,ikutlah nak pilih yang mana.Boleh juga pilih set pakaian yang di tawarkan ,harga sepasang atau beli asing-asing baju ,kain seluar semua tu,ikut pilihan sendiri ye.



Dan yang Cik Sue suka bila ke cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari ni,mana-mana cawangan pun ,kebanyakan staf sangat membantu pelanggan,baru masuk dah di sapa dengan selamat datang,terus tanya apa yang di perlukan,bagitahu sahaja nak apa dan yang macam mana,mereka akan bantu.Masa beli barang kakak hari tu pun,membantu sangat sebab Cik Sue nak jaga si kecik yang baru dapat kaki lagi,so bagitahu je staf terus dia carikan dan tolong tengokkan saiz,siap tanyakan dan bagitahu lagi apa yang perlu untuk anak darjah 1.Terima kasih banyak la membantu Cik Sue yang kalut dengan si kecik yang  tak reti diam dan tak boleh di pegang tu hahahhaha semput ye,mana nak ukur baju kakak lagi nak kejar dia lagi.


Alhamdulillah,lega bila dah mula beli sikit-sikit kelengkapan sekolah kakak,tak de la huru-hara kalut sangat nanti dekat nak buka sekolah baru nak beli.Cik Sue dengan si kecik lagi,ayahnya bukan senang nak luangkan masa dengan kerja tak menentu on call la breakdown la,jadi beli awal-awal senang dan tenang hehehe.Dan selalunya kalau dekat nak buka sekolah ,banyak saiz yang nak dah habis dan selalunya harga dah jadi lain,maklumlah semua orang dah terdesak dan kelam-kabut saat akhirkan? Memandangkan sesi persekolahan bermula bulan 3 nanti jadi Cik Sue beli saiz bsar sikit la tapi tidaklah gedoboh sangat nanti,agak-agak yang boleh masuk bulan 3 nanti hehhehe,terutama kain baju kurung tu tidaklah ngam-ngam biar labuh sikit,si kakak ni cepat tinggi tapi kurus.

Promosi Kembali ke Sekolah Pusat Pakaian Hari-Hari.

Sempena pembukaan sesi persekolahan baru bulan 3 nanti,Pusat Pakaian Hari-Hari menawarkan diskaun 10% untuk pembelian online di https://ehari.com.my/  . Mana mak ayah yang dah biasa beli kelengkapan di sini ,dah tahu saiz anak-anak ,malas nak ke kedai,bolehlah beli online dan dapatkan diskaun tu ye.

Mana yang membeli di cawangan mereka pula lebih dari RM30 jangan lupa dapatkan kalendar percuma ye,bukan senang nak dapat kalendar kuda sekarang tak banyak dah kedai yang beri.





Jom mak-mak ayah-ayah dapatkan kelengkapan sekolah anak-anak di Pusat Pakaian Hari-Hari.Untuk info lanjut boleh klik lin di bawah ye : 

Cawangan Hari-Hari seluruh Malaysia: www.hari.com.my/locator
Hari-Hari Online Store: http://ehari.com.my

Post a Comment

1 Comments

  1. wah. bulan 3 nanti boleh la soping di Hari2 ni.
    hari ni, anak2 pakai kelengkapan lama aje.
    skola pun x sampai 2 bulan kan.

    ReplyDelete